Thursday, September 10, 2009

Apakah ini satu pengakhiran atau permulaan bagi hidupku??

Ya Allah.. inikah dugaan yg harus aku terima atas kesalahanku ya Allah. Sesungguhnya aku tidak sanggup menerimanya.. berat sungguh Ya ALLAH dugaan Mu ini, aku hanyalah insan yang lemah dan hanya mampu berserah. Kembalikanlah dia kepadaku... hanya dialah satu2nya insan yang telah membawaku ke jalan yang benar dan menerimaku seadanya.
090909 mungkin bagi org lain tarikh ni merupakan tarikh istimewa mereka... tapi bagi aku tarikh 090909 ini adalah tarikh keramat yang akan aku ingat smpi bila2 pun, kerana pada tarikh ini juga pertunangan aku putus!!! Ya ALLAH andai inilah ujian yang kau berikan padaku, tunjukkanlah jalan mana yang harus ku tujui.. aku buntu..putus asa.. hilang arah...sebak dan segala2nya. Sakitnya hanya kau sahaja yang tahu. Ya Allah adakah semua ini atas kesilapan masa laluku? adakah ini satu hukuman buatku... sesungguhya Imanku masih belum cukup kuat.. hatiku belum cukup teguh untuk menghadapi semuanya....
Ya ALLAH katakanlah padaku semua ini hanya mimpi......semua ini hanya mimpi..... tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk aku melangkah kaki ke jinjang pelamin, tp adakah ini yang seharusnya aku terima?


Penyesalanku semakin dalam dan sedih
Tlah kuserahkan semua milik dan hidupku
Aku tak mau menderita begini
Mudah-mudahan ini hanya mimpi
Hanya mimpi..
Kisah sedih di hari Minggu
Yang slalu menyiksaku
Kutakut ini kan kubawa
Sampai mati..

Wednesday, September 9, 2009

Beratnya DuGaan

Baru kejap td aku rasa happy, tp tiba2 ujian datang tanpa diduga....... Ya Allah apakah ujian ini kerana imanku yg lemah? atau sekadar untuk menguji kesabaranku? sesungguhnya hambaMu ini tidak mampu memikul bebanan ini Ya Allah..........

Tuesday, September 8, 2009

11 hari Lagi Nak RAYA....

8 september 2009 - Tinggal 11 hari lagi nak menyambut hari raya Aidilfitri. Macam biasalah setiap hari aku gi keje.. pegi balik..pegi..balik...hmm rasa bosan pulak buat rutin yg sama hari2 tapi nak buat camne lagi dah memang tu tututan. Hari ni nth kenapa perut aku memulas2.. asik buang angin je (^_^) pagi2 buta lagi dah membuang, asik ulang alik jek cam dah jd penghuni toilet kat Ofis ni :) td pagi sahur kol 1.30 pg tu pon yana yang kejut bgn sblm die masuk tdr, minah tu memang rajin stay up. slalunya aku akan sahur kol 4.30 pagi... tp mlm td sbb pening yg teramat sgt, aku minta yana kejutkan awal sbb malas rasanya nak bagun kol 4pg. Baju keje pon aku tak sempat nak iron. Dah 2 hari ni aku tdo sorang2 kat bilik blakang, bukan pe saja sbb tdo atas katil baru :). actually bilik belakang tu utk bilik tetamu tp rasa best plak dok bilik tu tdo pun cam tak nak bangun2 lagi :).
Hmmm hari ni nak berbuka kat mana ek? asik2 buka kat rumah jek teringin gak buka kat luar ni.. tp kat changlun ni ada ape lah sgt... harapkan kedai thailand jek banyak, melayunya kurang. hmmmm laparlah pulak. sabar...sabar... dugaan puasa ni. Ya ALLAH kuatkanlah semangatku agar dpt terus berpuasa dan beramal ibadah di bulan yang mulia ini, semoga pahala puasa tidak ada yang kurang....

Tuesday, June 30, 2009

KoRea In My HeaRt.... (part 8)


27Mei - Seperti biasa aku akan bangun awal untuk menyiapkan diri & bersarapan sebelum memulakan perjalanan. Aku difahamkan, dari centum city ke Gyeong-ju mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Awal2 pagi lagi Prof Joo Man Kim (Prof Kim) selaku fellow ITU-PNU menjemput kami di lobby hotel untuk di bawa melawat ke sekeliling Gyeong-ju. Pada awalnya aku tak tau pon Gyeong-ju tu binatang ape... mujurlah malam sebelum bertolak tu aku dah cari sikit info ttg gyeong-ju so banyak benda lah juga nak borak2 ngan Prof Kim ni.
Tempat pertama sekali yang kami kunjungi setelah sampi di Gyeong-ju adalah di tasik berhampiran dengan concorde hotel (I really forgot the name of the place). Subhanallah...Aku betul2 terpana dengan pemandangan yang sangat cantik... pohon2 merendang di kiri & kanan laluan pejalan kaki terasa damainyer... (to be continued...)

KoRea In My HeaRt.... (part 7)


26 Mei - Pagi tu, aku celik lebih awal dari biasa... tak boleh tido sebab teringat nak ke Gukje-Market hari ni. Tak sabar rasanya nak merayap2. Kebetulan hari ni ITU-PNU benarkan kami berjalan sendiri kerana hari esok kami ada trip bersama mereka sehari suntuk. Gukje-market terletak berhampiran dengan Jagalchi Fish market. So kami menaiki subway dari Centum City ke dan transit di Seomyeon, dari Seomyeon kami menaiki subway ke Jagalchi. Sampai di Jagalchi, kami berjalan kaki hampir 500meter barulah sampi di Gukje-market. Gukje-market memang terkenal sebagai sebuah pasar membeli belah dengan harga yang murah. Tapi bagi aku tak delah muraj sgt sbb nilai duit korea lebih besar dari Malaysia. Aku jadi jutawan fakirlah kat sana.... ada banyak benda yang menarik perhatian aku spt baju2... memang murah2 giler... dengan harga Won1000 = RM3 aku dah dapat beli baju kait yang cantik. Tapi aku takdelah boros sgt, cuma beli 3 helai baju yang bagi aku sgt cantik & sikit souvenir. untuk membeli belah dan tawar menawar harga, kami hanya menggunakan calculator sbg alat komunikasi kerana peniaga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Apa yang paling menarik, penduduk di sana sangat ramah & sedia menghulurkan bantuan wlopn cakap mcam ayam & itik. Kalo di beri peluang kedua, memang aku pilih untuk ke korea lagi...
setelah penat berjalan, kaki pun dah macam nak tercabut, aku singgah minum sekejap kat Starbuck dpt cappucino seteguk jadilah.... harga bagi segelas cappucino adalah Won2500 = RM7.50. Dlm kol 5ptg kami pulang semula ke Centum City.
Malam tu memang makan meggi lagi laaaa...... then tdo... (to be continued...)

KoRea In My HeaRt.... (part 6)


Malam tu kami bershopping di sekitar haeundae, wlopun tempat shopping yang paling popular adalah di Shinsegae, tapi kami tetap juga nak ke Tesco sbb barangan di Tesco lebih murah. Di sebabkan kelaparan tahap melampau, kami bercadang untuk masak makanan sendiri kerana nak dapatkan makanan halal macam menunggu bulan jatuh keriba... hahahahhaaa :) Malam tu kami beli sedikit sayur-sayuran, beras, telur, sudu, chopstick & yang bestnya aku beli periuk dengan harga Won 18,000 = RM50 tak terasa pun satu pembaziran sbb periuknya cantik & berkualiti, tapi sgt kecil.
Sampai2 kat bilik hotel je kami terus memulakan operasi masak-memasak. Malam tu kami masak lebih2 sikit untuk bekalan hari esok. Berasnya cantik & bewarna jernih. Teringat pulak kat produk kecantikan SKII, rupanya beras di korea sgt bersih, wlopun nasinya benyek tapi rasanyaaaaa....mak aihhh... sedap! malam tu kami hanya makan nasi besama sayur2n & telur dadar. Cukuplah sekadar dapat mengalas perut yang dah lapar tahap gaban tu. Pas kekenyangan, kami menonton siaran TV yang disediakan di bilik hotel, sambil aku malayari internet & mencari2 tempat menarik untuk di kunjungi di Korea. Malam tu juga kami plan untuk ke Gukje-Market yang merupakan pasar yang murah untuk cari souvenir. (to be continued...)

KoRea In My HeaRt.... (part 5)


Lepas balik dari PNU, lebih kurang dalam kol 6.15ptg, kami sempat jugalah berjalan2 di sekitar Haeundae. Kami ke APEC garden yang terletak kira2 500 meter dari Centum hotel. Subhanallah, wlopun di kalangan rakyat tempatan, APEC ini bukanlah sebuah taman yang cantik sgt, tapi aku kagum melihat hasil seni yang dipamerkan oleh penduduk bandar tersebut. For me this garden crowded with arts, humanity, creativity and LOVE... banyak arca2 yang dipamerkan, kebanyakannya di bina sejak dari tahun 2005 sehinggalah 2008. arca2 tersebut berupa himpunan batu2 yang dihimpunkan sehingga terbentukknya sebuah objek seperti manusia, haiwan, tumbuh2an dsb.
Sempat juga kami berkenalan dengan penduduk tempatan yang ternyata sangat ramah. Sekali lagi aku katakan, wlopun mereka tidak fasih berbahasa Inggeris, tapi sikap ramah mereka membuatkan kami tidak terasa asing di negara orang. Agak2 nak marghrib, kami pulang semula ke hotel. huuuuhhhh..... memang penat berjalan tapi seronok sebab cuaca sejuk, takda peluh. (to be continued...)

Monday, June 29, 2009

KoRea In My HeaRt.... (part 4)


25 Mei 2009 awal2 pagi lagi aku dah bangun ingatkan dah terlewat nak ke PNU sbb matahari pagi dah memancar2 masuk dlm ruang bilik. tengok2 jam baru kol 4.30pg... eh?? aku ingat jam aku rosak rupa2nya memang camtu. Lebih kurang dalam kol 7pagi aku jerang air then mandi pastu gerak2kan member2 yang lain. Pas sarapan roti kering yang di bawa oleh kak husna & cicah air coklat, aku terus bersiap2 iron tudung & baju utk ke PNU. lebih kurang dlm kol 9.30pg, Hye Gin dari ITU-PNU call bgtau student die nak dtg ambil we all kat lobby hotel. Then dlm kol 9.50pg aku turun bawah jumpa student PNU dari China yang bernama "Alvin" nama china die aku tak ingat sbb short term memory. Orangnya tinggi lampai & ramah. Pandai berbahasa Inggeris & Korea. Alvin merupakan student Master BBA di PNU. Lebih kurang 10mint berkenalan kami terus ke PNU menaiki Teksi. Perjalanan ke PNU mengambil masa 30 minit. Barulah aku nampak keindahan Busan dgn lautan yang cantik wlopun busan ni kota metropolitan yang terletak dipesisiran pantai, tapi pemandangannya sgt mendamaikan jiwa.... hhuhuhuuuuu tiba2 terasa seperti di syurga. sebelum sampi di PNU, kami di bawa ke Sangnam Hotel utk lunch dengan Prof Kim, Director from ITU-PNU.
Prof Kim ni ramah tamah juga orangnya.... banyak juga lah yang kami borakkan sampi tak cukup masa. Lepas lunch ngan Prof Kim, we all ke PNU dgn ditemani Hye Gin berjalan kaki je sbb hanya 100meter dari sangnam Hotel. Actually Sangnam Hotel is part of PNU so any events akan di buat di Sangnam Hotel, just like EDC Hotel in UUM.
Setibanya di Ofis ITU-PNU, aku terkezut sbb Ofis sgt kecil & hanya ada 2 org pekerja... huhuhu... wlopun mcmtu, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh ITU-PNU tetap berjalan lancar seperti tak ada apa2 kesulitan. Lepas sesi perkenalan diri, aku, kak husna & wana terus memulakan kerja kami di sana sehingga habis waktu bekerja lm kol 5.30pm. (to be continued...)

KoRea In My HeaRt.... (part 3)


Sesampai je kat bilik hotel (Centum Hotel, Haeundae) aku terus mendaratkan diri atas tilam yang empuk... Uuurggghhh enaknya... meregang2kan otot dan sendi2... perut plak dah lapar giler time tu apa lagi aku terus masak air sambil2 tu mandi2 jap then buat meggi... huhuuhu nasib baik ada bekalan air 3n1 leh la aku menikmati air coklat panas di dalam cuaca yang sejuk tu.... sambil2 makan tu aku, kak husna & wana buat plan nak jalan2 sekeliling centum city. Tgk dari bilik hotel tempat kitaorang tu sayup2 je pemandangan kat bawah, tp memang cantik... pemandangan yg sgt cantik. Bilik hotel pun high class... maunya tak, sehari RM362 tu tak termasuk penggunaan dapur & internet.
Disebabkan keletihan yang teramat sgt, masing2 terlena pas makan.... sedar2 je dah marghrib. Plan nak jalan2 pun terbantut. Agak2 pas marghrib tu kami pun siap2 nak cari barang makanan & phone card kat Tesco Home Plus. Actually kedudukan hotel ni hanya 500 meter sahaja dari Tesco.
Korea ni mengamalkan "eco-friendly" meaning that semua barang2 yang dibeli di Tesco ke di mana2 ke kena bawa beg plastik sendiri konon2 tak nak buat pencemaran la.... tp memang bagus cara ni sbb die dah mula di praktikkan. kalo di Malaysia, mentality masih tak kuat... so bende2 mcm ni belum boleh diamalkan. Di UUM sendiri contohnya, mengamalkan eco-friendly tapi masih ada je yang menggunakan bahan2 plastik, polisterin dsb... so mcmn nak mengamalkan cara hidup yg sihat?
Malam tu tak beli apa2 pun kebayakan makanan berdaging kat situ semuanya daging ba alif ba ya (pork) tu yang isshhhh nak beli apa2 pun tak selera. Ingat leh la nk try susu... tapi alamak ada gambo khinzir plak kat susu tu tgh tayang2 hidung mancung die. Tak jadi beli. akhirnya kami hanya pulang dgn tgn kosong & sakit kaki..sempat gak la aku telefon mak & tunang tersayang. Sebelum tidur malam tu aku check email, mana tau ada kata2 terakhir dari ITU-PNU sebelum berjumpa esok, hmm.. tau2 memang ada pon. Esok 26hb student dari PNU akan jemput we all around 10am. (to be continued...)



KoRea In My HeaRt.... (part 2)


Setibanya di Incheon Airport seoul, Korea, hati aku dah melonjak2 keriangan.. kalo diikutkan hati, nak je aku lepak lama2 skit di seoul sebelum ke Busan. Badan aku terasa sengal-sengal semacam sbb dok kat flight lama sgt. Disebabkan cuaca sejuk, aku mula bersin2 dan berhingus tiba2 sorang stewarder dtg kat aku, die cakap "hati2 sbb pemeriksaan kesihatan kat korea ni ketat sikit"... aku dah gabra dah time tu, ni semua pasal virus ba alif ba ya ni.... H1N1. Disbb kan kegabraan aku ni, tiba2 time aku discan hingus aku terus termasuk ke dalam & tak kuar2 lagi.... fuhhh fiuhh... nasib baik lepas, kalo tak mesti dieorang dah suspect aku ada virus H1N1 tu.
Kuar je dari airport, aku & 2 lagi member, lupa nak bgtau nama (Kak husna & Wana) terus ke kaunter pertanyaan. Pertama kali aku rasa dilayan dengan sangat baik kat sana... penjaga kaunter seorang gadis cantik cam actress korea penuh kesopanan dan kesantunan menyambut baik pertanyaan kami, di balas dengan senyuman & direction kemana harus kami tuju. Teringat muka penjaga kaunter kat Malaysia... tak semanis & sesopan mereka.... hmmm
Kami beli ticket bus & KTX train ke Busan... semuanya dalam Won 51,200 lebih kurang RM158. Perjalanan dari Incheon ke Seoul Station mengambil masa selama 1 jam dengan bus, manakala dari Seoul Station ke Busan mengambil masa selama 3 jam dengan menaiki KTX train (train yang terpantas di Korea dgn kelajuan 500km/j). Kami smpai ke Busan kira-kira dalam kol 1.30ptg lah... letih giler... tu baru sampai Busan station, belum lagi ke Centum City di mana Kami telah di reserve kan hotel oleh pihak ITU-PNU.
Dari Busan station plak, kami naik bus ke Centum city dengan harga tambang Won 1,100..... terima kasih kepada Ajushi, Ajuma, & the ladies yang banyak membantu kami di sana... mereka semua ramah-tamah aku sgt2 terharu. wlopun mereka ni tak pandai berbahasa Inggeris, tapi sekurang2nya mereka ingin membantu, apa lagi nampak orang luar yang bertudung & gadis2 ayu cam kitaorang ni (aiseh terperasan plak). (to be continued...)

KoRea In My HeaRt....


24hb Mei yang lepas aku ke ITU-Pusan National University, Busan, Korea bersama dua orang lagi rakan sekerja selama seminggu sebagai salah satu dari program "attachment staff" yang dianjurkan oleh ITU-UUM. Tujuan sebenar kami ke sana adalah untuk menimba ilmu dan mengetahui cara kerja dan kebudayaan mereka. Memandangkan ini kali pertama aku ke sana dan kali ke dua aku ke negara "orang yang bermata sepet2" ni, pelbagai persiapan telah aku sediakan seperti maps, bekalan makanan terutamanya meggi, bekalan air minuman, ubat2an, alatan mandi, pakaian dsb.

Aku dihantar ke airport KLIA oleh tunang tersayang dan berlepas dari KLIA menaiki MAS pukul 9.00 malam 23hb Mei 2009. Bila aku dah chek in utk naik pesawat, baru aku teringat kad ATM ada pada tunang aku..... Waaaaaaaa Woooohooooo.... Nangis aku dibuatnya, nasib baik dah tukar duit 1k = Won 330,000 & bawa kredit card. Aku sampai kat sana dalam kol 8.00pg, 24 Mei 2009 dengan. Teruja bila sampai sana al maklumlah kami semua ni tak pernah lagi ke negara 4 musim ni. Setibanya kat sana, suhu pada masa tu sekitar 13'C. Sejok tu..... kalo kat malaysia, aku buka aircond kat opis pon tak smpi tahap tu rasanya 18'C dah nak terkencing. (to be continued...)


Popular Posts