Alhamdulillah.. akhirnya rumahku siap juga. Bila sebut je pasal nak pindah ke rumah baru, banyak benda yang nak kena fikirkan. Plaster siling, grill rumah, langsir, kitchen cabinet, dll. kalaulah ada 20k ke 30k, senang, tabur je duit tu kat kedai tau la dieorang nak buat camne nanti. Tapi aku ni, budget dah la ciput je, tp nak macam2.... maklumlah ini yang dinamakan "apabila kehendak menguasai keperluan". ha3..... but, my hubby cakap "kita dulukan yang mana penting, yang lain-lain kita buat slow2". hmmmm kalo aku, yang penting tu pasang lampu, kipas & langsir. tp kalo nak pasang kipas, bukan boleh main pasang je camtu. nak kena register ke TNB dulu... nak kena upah wiring, & macam2 lagilah. Skrg ni register ke TNB dah DONE! deposit RM250. Orang yang buat wiring pon dah dapat, tinggal nak pasang je... OOOpppsss...... tp ingat nak pasang gitu je ke? tengok keadaan rumah tu, siling memang sangat hodoh! so terpaksa keluarkan budget untuk buat plaster siling. Walaupun kelihatan tak penting bagi sesetengah orang, tp pada aku plaster siling tu penting lagipula rumah sendiri bukan rumah sewa.
Tapi kalo ikut budget tu buat yang sesimple mungkin sudah..... ikut hati memang nak buat yang cantik2 skit, trend terbaru skrg ni dieorang buat ala2 siling kat ofis aku ni, bak kata orang siling ada pulau.... cam gambar ni,
tp disebabkan budget yang agak ciput, so yang simple cam gambar yang 1 lagi ni pon dah kira okey, janji tertutup siling yang hodoh kat atas tu.
Minggu lepas dan la minta tolong member2 ofis untuk cuci rumah. My deputy director pon ada skali bawa jet-wash die. Best gak guna jet-wash ni tertanggal semua kotoran. Semak samun tepi & blakang rumah pon dah ditebas. Terima kasih yang tak terhinggalah kepada rakan-rakan seperjuangan & bos ku.... semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Apapun lepas penat bekerja, aku belanja la lunch "Nasi Ayam Tat" beli kat pekan changlun tu. Ehem encik bos sampai luar opis pon tetap memberi arahan. (baaaeekkk bos)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
-
Aduuyyaii naik bengkok kepala aku dengan kerenah Bos yang kejap nak ke Bangkok, Thai untuk attend workshop pd 23-25 May 2011 ni, kejap tak n...
-
Diam tak diam cik Alya ni dah pon besar & dah pandai mencari idea2 baru untuk membantu mama & papa die di rumah. Cik Alya ni sangat ...
-
14 Julai baru2 ni aku ke KL untuk menghadiri meeting bersama packet 1 di Office Packet 1, Petaling Jaya. Kebetulan hubby pun ke KL since 11 ...
-
Alhamdulillah.. akhirnya rumahku siap juga. Bila sebut je pasal nak pindah ke rumah baru, banyak benda yang nak kena fikirkan. Plaster silin...
-
Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian....
-
Agaknya macam ni lah perasaan & saat yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Ras...
-
Cicak ohhh cicak bebulu betol mata tengok cicak ni. Geram & bengang sungguh aku ngan sekumpulan cicak ni, spesis ape ntah bOntOT x sekol...
-
I attended ITU ASP CoE training on "Sustainability and Telecentre" last month in Bangkok, Thailand from 23 to 25th May 2011. Hmm m...
No comments:
Post a Comment