Thursday, December 22, 2011

ISU NAMA ANAK JIN

Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan penyakit kerana ia menyerupai nama anak Jin. Isu ini banyak disebarkan tidak kiralah samada di FB atau di Blog2 mereka. Kebetulan salah satu nama yang disebutkan ialah nama anak saya "Batrisyia". Sebelum memilih nama ini, saya dan suami banyak membuat rujukan dengan membeli buku nama-nama yang baik menurut Islam, serta melayari internet. Batrisyia bermaksud "Bijaksana". Disebabkan kecoh dalam FB tentang nama-nama ini, maka saya mencari sedikit info untuk kesahihan isu ini. Semuanya bermula dari Rancangan TANYALAH USTAZ TV9 (USTAZ SHARHAN SHAFIE), PENGAMAL PERUBATAN ISLAM...

gambar sekadar hiasan

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus..kerana nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri.....
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Menurut Ustaz Sharhan lagi, janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita.PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain..sbg contoh klu SITI NAJWA...dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI........

*copy & paste daripada FB "Realiti Alam Perkahwinan"*
Kenyataan Ustaz ini sedikit sebanyak telah mendatangkan kekeliruan, kegusaran serta kejengkelan kepada pemilik nama-nama tersebut termasuklah saya, kerana saya memilih nama tersebut untuk anak saya berdasarkan maknanya yang baik, bukan kerana "nama anak Jin" yang sedap di dengar. Saya tak pernah membuat carian di Internet dgn key "Nama anak-anak Jin" untuk dijadikan nama anak saya. Sebaliknya saya mencari dengan key "Nama-nama yang baik menurut Islam". Jadi macamana Ustaz ni boleh cakap sedemikian rupa? Walhal kalo mengikut LOGIK pun, ianya tak masuk akal. Kerana Penyakit yang didatangkan kepada kita adalah dari izin Allah, bukan dari Nama atau dari Jin. Saya faham untuk mencari nama anak, seboleh2nya kita cari nama-nama yang maknanya baik selain sedap di dengar, ia juga merupakan satu DOA kepada anak-anak kita. Berikut adalah Pendapat Ustaz Zaharudiin dan Pandangan daripada Dato' Dr Haron Din:


Nama anak jin : Pendapat Ustaz Zaharuddin Dan Pandangan Dato' Dr Haron Din

Di bawah saya sertakan snapshot dari Fb Ustaz Zaharuddin.net berkaiatn isu nama bagi anak jin:



"Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّÙŠَرَØ©ُ Ø´ِرْÙƒٌ ، اَلطِّÙŠَرَØ©ُ Ø´ِرْÙƒٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah..lanjut baca di link. "Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah".


"Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran." Dari Fb Ustaz Zaharuddin.net

Wallahu a’lam bish-shawab.....

*copy from http://www.anamarzablog.com*

Kesimpulan yang saya boleh buat di sini, apabila kita tidak tahu tentang sesuatu, lebih baik kita merujuk kepada mereka yang lebih arif. Terima kasih di atas penjelasan Dato' Dr Haron Din.

16 comments:

  1. Salam Sis,
    Nama anak saya pun Batrisyia. I was thinking if I should change her name!! I copied ur blog entry on to the FB page. InsyaAllah may Allah protect us all, Ameen.

    ReplyDelete
  2. As salam sis,
    My daughter name nur qistina batrisyia. Called batrisyia.. sjak dalam perut lagi.. alhamdulillah x ada mslah stakat ni.
    Maknanya "cahaya keadilan kebijaksanaan cerdik pandai"

    ReplyDelete
  3. anak aku punya nama HAZNA BATRISYIA AZ ZAHRA.

    ReplyDelete
  4. Sy pon ade anak nama batrisyia..
    Dulu masa sy cari maksud nama tu..mksudnya bijaksana..x pulk tulis ank jin..

    ReplyDelete
  5. batrisyia bermakna cerdik cerdas pandai bijaksana
    sedang nama anak jin yg dimaksud ialah BADRISHA

    ReplyDelete
  6. saya sendiri memiliki nama "batrisya" cikgu kat sekolah dulu pun selalu memanggil saya "Batrisya" bahkan ibu saya sendiri juga memanggil saya dengan nama "batrisya" alhamdulillah dua puluh tahun dipanggil dengan nama "batrisya" tiada pula perkara buruk yg berlaku pada saya dan dengan rahmat-Nya saya dikurniakan kebijaksanaan oleh-Nya pensyarah dan rakan rakan saya sering menganggap saya seorang yg bijak, alhamdulillah ini adalah kurniaan yg terbesar daripada Allah swt kepada saya betul lah apa yg ustaz bagitau kpd saya yg kata kata itu doa moga anak anak akak yg nama "Batrisya " memiliki kebijaksaan yg tinggi dan dapat memberi manfaat buat ummah suatu hari nanti moga Allah reda ����

    ReplyDelete
  7. Nothing wrong with the name. Tak faham dgn org yg Suka share post in fb before Buat research. And please don't believe anything you saw in fb. Jgn org kata kiri kita pergi kiri org kata kanan kita pergi kanan without thinking. I don't understand why they want to create this kinda rumour. Please don't believe 100% the post in fb. Kaji dulu. And we do have something call Google to find out and learn. Please use it.

    ReplyDelete
  8. So i shared a post with "If you had a daughter what will you name her?" I shared with the caption " Batrisya" and my friend commented saying that itu nama anak jin. And she heard that from ustaz dalam TV (ceramah pagi). She said to me nama memainkan peranan penting as she is pregnant and im not. I said to her syirik percaya benda2 macam tu and benda bukan ada dalam quran pun and in that case,what about Ratu Balqis yg dalam kisah Nabi Sulaiman tu? Ergh! Dunno lah these kind of mentality how to deal with'em.

    ReplyDelete
  9. assalaamu alaikum...saya dari indonesia saya juga merasa risih dengan tautan dan tulisan yang ada di laman web ataupun fb akhir akhir ini yang mengartikan nama seorang dengan ratu jin, anak jin dll yang mereka mengambil refrensinya dari mana, contohnya nama belqis yang di artikan ratu jin, saya terkejut dan tertekan karena kebetulan anak saya namanya ELMIRA BELQIS NUR FADHLIA, padahal belum belum anak saya lahir banyak sekali buku buku kumpulan nama nama islam yang saya baca, bahkan nama belqis adalah ratu shaba yang dijadikan istri oleh nabi sulaiman dan memberikan zurriat para nabi dan rasul??? jadi bagaimana bisanya mereka mengatakan nama belqis itu tidak baik??? ya Allah semoga anak dan keturuna kita terhindar dari segala mara bahaya yang mereka sebutkan...wassalaam

    ReplyDelete
  10. Anak sy juga bernama Batrisyia.Sejak awal kelahiran hingga saat ini, beliau paling jarang mendapat sakit.Disekolah, aktif bersukan dan merupakn seorang pengawas sekolah.Sentiasa mendapat top 10 dlm kedudukan didlm sekolah.

    ReplyDelete
  11. Bila dirujuk dgn ustaz yg alim bahasa arab katanya nama battisya membawa maksud apa2. Blh saya tahu drp mana nama batrisya membawa maksud cerdik pandai. Saya pun bercadang utk meletak nama ni.to da 3org alim saya rujuk mereka katakan dlm bhs arab xmembawa apa2 maksud.mohon share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer mmg x de mksud pon.. Sye sndiri da tnye kwn arab sye.. Diorg sndiri pon x tau maksud name tu

      Delete
    2. Mungkin asal nama tersebut dalam bahasa bangsa lain yg mejoriti Muslim kot cnth Urdu, Persian, Slav atau Turkic (mungkin) Sbb bunyinya seakan Roman Latin.. Kalau dalam Latin Patricia adalah.. bermaksud 'Nobel'.. Sekali lagi mungkin ada dalam bahasa lain yg mejoriti muslim..

      Delete
  12. Macamana ejaan Batrisyia dalam arab?

    ReplyDelete
  13. Oo saya nama batrisha tapi ejaan boleh ke

    ReplyDelete
  14. ustat tu dari bangsa jin kot. Semua dia tahu

    ReplyDelete

Popular Posts