Sunday, August 14, 2011

Bersyukurlah wahai aku yang bernama Isteri!


Allah telah memberikan aku segala2nya yang aku inginkan di dunia ini, ibu bapa, adik-beradik, suami, anak, tempat tinggal, kenderaan, pekerjaan, lalu apa lagi yang menyebabkan aku kurang bersyukur?? hanya kerana masa lalu?? matilah aku dlm kejahilan disebabkan masa lalu!! ya Allah kuatkan iman ini, bersihkanlah jiwa ini & ampunilah dosa2 hambaMu yang khilaf ini.
Ya Allah aku juga seorang manusia, insan, wanita & isteri biasa kepada seorang manusia biasa yang bernama suami, dialah juga Imamku!. Akan tetapi diri ini sering kali mencari2 kesalahan suamiku sedangkan suamiku bertungkus-lumus membina masjid dalam jalannya untuk membahagiakanku & mencari keredhaanmu. Ya Allah kenapa hatiku dibutakan olehmu sedangkan mataku tidak mampu untuk memandang segala kebaikan yang telah dilakukan oleh suamiku?
Kenapa diri ini sering memandang hina kepada suamiku sedangkan aku lebih hina dari dirinya? dimanakah kau letakkan nikmat syukur terhadapku ya Allah... jangan kau hapuskan nikmat syukur itu daripadaku. Aku ingin sekali mengucapkan syukur atas apa yang telah ku peroleh kini. Namun tiada apa yang dapat mengerakkan hati ini untuk ikhlas & memanjatkan kesyukuran di atas keberadaan suamiku disisiku. Ya Allah, berilah aku petunjukmu & gerakkanlah hati ini agar aku juga bisa memanjatkan kesyukuran dan ikhlas terhadap suamiku.
ya Allah sewaktu aku masih belum bersuami, aku seringkali berangan-angan untuk memuliakan suamiku, menjaganya dengan penuh kasih sayang & keikhlasan seperti kisah Muti'ah pada zaman Rasulullah.
Ya Allah hapuskanlah segala dendam, benci & iri terhadap suamiku dihati ini. Musnahkanlah ingatan ini dari kisah silam yang tak mungkin kembali lagi. Jauhkanlah aku dari api neraka dek kerana kejahilanku ini. Jernihkanlah & sucikanlah hatiku agar aku juga bisa menjadi seorang isteri yang taat kepada suamiku.
Untuk suamiku, andai ada ketikanya isterimu ini enggan mengikut perintahmu & mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga, maafkanlah isterimu ini kerana jahil & zalim terhadapmu, namun isterimu ini akan sentiasa berdoa dan berusaha untuk tidak menghampakan harapanmu.

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan sebagai seorang IBU


Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu & beramal lagi dibulan paling Mulia di antara semua bulan iaitu bulan Ramadhan, bulan yang penuh suci. Bulan Ramadhan adalah satu2nya bulan yang menuntut umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Puasa yang dimaksdukan di sini adalah menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. (sedikit pengertian puasa yang masih aku ingat sewaktu belajar di bangku sekolah dulu sbb setiap tahun soalan ini akan keluar dalam exam).
Ramadhan tahun 2011 inilah yang paling istimewa kerana ini merupakan Ramadhan pertama aku sebagai seorang IBU. Alhamdullillah.. bukan mudah mengerjakan ibadah puasa ini ketika anak masih kecil, namun cahaya cinta dari suami & anakku mampu menguatkan semangat aku untuk terus berjuang di jalan Allah ini.
Ramadhan ini memang menguji kesabaran aku sebagai seorang istri yang bekerja dan menguji naluri keibuanku. Setiap kali sewaktu pulang dari tempat kerja, aku akan berasa sedih apabila melihat si Alya yang menangis kerana "kantong susu" ibunya sedikit & tidak mampu mengenyangkan perutnya. Sayu hati melihat Alya meronta2 dan meminta2 agar kemahuannya dituruti. Susu formula tidak mampu membuat Alya senang dikala aku ada di sisinya. Mungkin dibenakknya "susu formula tak setanding susumu wahai Ibu, aku rindu sentuhan dan belaianmu ketika aku menyusumu, kehangatan sentuhanmu mampu membuatku tenang sehingga ku terlena dipelukmu."
Manakala si suami menginginkan aku memasak dirumah berbanding membeli makanan diluar untuk berbuka puasa kerana katanya air tangan istrilah yang paling disukainya. Setiap pulang dari kerja, aku cuma mempunyai sedikit sahaja masa untuk menyusukan & menidurkan Alya & memasak untuk juadah berbuka puasa. Masa yang sedikit inilah yang aku harus gunakan sebaik2nya. Mujur si suami faham dengan keadaanku, katanya "sederhana shj sudah memadai, walaupun kamu hanya masak nasi & berlauk telur goreng sekalipun abang akan makan, asalkan ia dari kamu." Walaupun si suami cuba bersikap sederhana, tapi tak tergamaklah aku untuk menyediakan telur goreng shj. Sebaiknya aku usahakan yang terbaik untuk si suami kerana sekiranya dia gembira dengan apa yang diperolehinya, maka aku juga akan turut gembira. teringat aku pada kata-kata ini "tambatlah hati suami melalui perutnya!".
Insya-Allah aku akan sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Istri & Ibu yang baik dikalangan yang tetbaik. AMIN....
Untuk abang, doakanlah semoga dua insan yang kamu sayangi ini menjadi insan2 yang taat dan solehah!



Thursday, August 4, 2011

Bangkok lagi....

28 - 30 Julai yang lepas, aku ke Bangkok untuk menghadiri mensyuarat bersama-sama dengan Pengarah dan timbalan pengarah di tempat aku bekerja. Terasa kali ini seperti berada di negara sendiri, mungkin juga sebab dah banyak kali aku ke Bangkok sampai hilang rasa takut & risau. Tak seperti mula-mula aku ke bangkok tahun 2009 yang lepas. Walaupun dah banyak kali aku ke sini, namun aku masih sukar untuk menghafal jalan-jalan kecuali jalan utama yang dilalui 2 kilometer dari tempat aku menginap. Kalau ke Bangkok ni memang terasa buta huruf sebab kebanyakan nama jalan & signboard adalah dalam tulisan "thai". Apa lagi nak berkomunikasi dengan penduduk di sini sangat susah & mereka bukan jenis yang suka membantu, (maaf cakap lah). mungkin sebab faktor "perbezaan bahasa" yang menyebabkan mereka seringkali mengelak dari berbual dengan aku. Aku tak tanya banyak pon kat dieorang ni ada takda aku tanya jalan je.... tapi aku memang kecewa dengan sikap pemandu teksi & orang awam yang bersifat "not friendly".
aku ke Bangkok kali ini melalui Dannok, dari Dannok aku naik teksi ke Hatyai dan dari Hatyai aku naik Thai Airways direct ke Suvarnabhumi airport (domestic flight) bersama Dr Chek. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam menaiki kapalterbang dan untuk ke tempat menginap & mesyuarat (TOT Academy) mengambil masa selama 1 jam atau mungkin lebih sekiranya jalan jam. Alhamdullillah semasa aku tiba di airport suvarnabhumi tu, jalan taklah jam sangat tapi pemandu teksi tu memandu dengan agak "kelam-kabut" menyebabkan aku rasa loya. Sampai je kat TOT academy, aku terus check-in bilik, belum sempat nak buka stokin & tudung, aku terus menuju ke toilet & memuntahkan segala isi perut. Kepala terasa berdenyut2 dan loya sangat. Plan malam tu nak ke night market terpaksa dibatalkan sebab keadaan aku yang tidak memungkinkan. Aku hanya terjaga apabila mendapat penggilan telefon dari BOS yang meminta aku menghubungi rakan2 sekerja lain yang berada di Malaysia untuk menghantar slide presentation ASAP, Namun dalam keadaan aku yang begitu, aku memang tak mampu untuk siapkan apalagi untuk menghubungi rakan2 sekerja yang berada di Malaysia. Jam waktu tu dah pukul 11.30mlm, & kalau di Malaysia tentulah dah pukul 12.30mlm. Mujur BOS faham keadaan aku waktu tu dan menawarkan ubat (panadol) untuk legakan sakit kepala aku.
29 Julai adalah hari di mana mesyuarat dijalankan, dengan informasi yang sedikit & ingat2 lupa, aku seboleh2nya menyiapkan juga slide presentation yang diminta oleh BOS. Mujur BOS juga menyediakan sedikit slide presentation dan digabungkan bersama dengan slide yang aku buat. akhirnya slide presentation yang dipersembahkan mendapat reaksi daripada Dr. Kim selaku Pengerusi mesyuarat. Walaupun slide tu tak cantik & tak menarik, namun yang penting adalah content! Banyak jugak peluang collaboration yang kami dapat dalam mesyuarat kali ni.
Meeting ni habis jam 4 petang, namun sekali lagi kepala aku terasa sakit, tapi niat untuk membeli beberapa barang yang dikirim oleh BOS & ingin mencari "something" buat suami & anak tercinta mendorong aku untuk teruskan juga plan untuk jalan2 ke JJ mall, chatuchak bersama Dr Chek.
Hujan lebat waktu tu membuatkan kami tidak dapat ke mana2, so kami meminta "receptionist" di TOT Academy untuk memanggilkan teksi buat kami. Namun hampir 1 jam teksi tak juga muncul menyebabkan kami nekad berjalan kaki ke jalan utama untuk menahan teksi. Sekali lagi hampa apabila tiada 1 pon teksi yang berhenti dan kami difahamkan pemandu teksi tidak akan berhenti mengambil penumpang ketika hujan lebat kerana masalah "jam". Akhirnya kami menaiki "tut-tut" untuk menuju ke JJ mall. Tapi sekali lagi aku kecewa kerana pemandu tut-tut tu memberhentikan kami di "the mall" bukan "JJ Mall" seperti yang kami minta. mungkin ada miscommunication waktu tu. Plan ke JJ Mall diteruskan juga kali ini hampir 1 jam lagi kami menahan teksi, namun tiada 1 teksi pon yang sudi menghantar kami. Akhirnya setelah hampir berputus asa, ada sebuah teksi berhenti menurunkan penumpang & kami meminta untuk menghantar ke JJ Mall, Alhamdulillah.... teksi tersebut menghantar kami ke sana, namun setelah tiba di JJ Mall sekali lagi kecewa apabila JJ Mall TUTUP!
Ya Allah dugaan apalah ini, kuatkanlah semangatku.... dalam hati aku dah bersihkan niat agar tidak menyeleweng ketika berada di Bangkok, apalagi keluar "ngedate" dengan Dr Chek. Haiisshhh kok pikirannya sampe segitu ya? ahaks.. dan disebabkan JJ Mall tutup DR Chek mengajak aku shopping di night market kat Silom je.
Kami naik teksi ke Silom night market, sampi di Silom night market tu kepala aku memang dah tak tertahan lagi sakitnya, tapi aku gagahkan juga untuk bershopping. Namun tak banyak yang aku boleh beli kat sini sebab barang2nya agak "keterlaluan" mahalnya berbanding di JJ Mall. Barang2 yang dijual di Silom night market ini merupakan produk keluaran Thailand seperti pakaian, aksesori, beg tangan dsb. Sempat juga aku rembat satu beg tangan kaler merah brand "PRADA" made in Thailand. Harga pertama die letak kat aku 2300bath = RM230. GILA!! beg tangan leather paling2 pon 1000bath la. Then die suruh aku letak harga aku plak berapa, then aku minta kurang kat die 700bath. ceh! die mengomel2 plak bila aku minta kurang, then die tak bagi die cakap takde orang lagi yang minta tawar serendah aku minta. Yelah, beg tangan bukan ori pon takkan la mahal sgt, RM230 tu aku boleh dapatkan beg yang ori kat shopping complex tau!. Disebabkan aku dah penat tawar2 die tak mau2 gak, last2 aku fade up & blah dari situ. Bila aku dah blah, baru die pujuk & bagi harga yang murah skit 800 bath kat aku. So aku rembat jelah.. Untuk si suami plak aku belikan baju kemeja blang2.. harga dirahsiakan... ahaks
30 July awal2 pagi sebelum bertolak ke suvarnabhumi airport, sempat aku ngan Dr Chek ke Chatuchak market untuk membeli belah. Tapi aku tak beli banyak pon, cuma belikan kiriman dari BOS & cari anak patung untuk si kecil Alya. Anak2 patung Disney memang di jual murah2 & harga memang lebih dari patut. Beli 1 pon still boleh tawar menawar lagi... I Like!! Lebih kurang 1 Jam lagi sebelum bertolak ke airport, aku dan Dr Chek minum2 di Mc'D kat The Mall sementara tunggu The Mall buka sepenuhnya pukul 10pg untuk membeli nasi "HALAL". Yang aku tau makanan halal ni cuma ada 1 kedai je dalam The Mall ni. sbb tu nak tggu smpi buka. Tapi memang aku kecewa bila makcik kedai makanan halal tu jual makanan yang "semalam punya" & enggan jual kat aku dengan alasan "nasi tak ready" lagi. Die suruh aku pegi beli makanan kat kedai lain... geram aku ngan sikap makcik ni dahla tak friendly. tu yang buat aku ragu2 samada makcik ni betul2 Islam atau bukan. Last2 aku ngan Dr Chek balik je tak jadi beli nasi, otw balik sempat la beli buah untuk alas perut. Mungkin lain kali aku ke sini lagi kena prepare periuk nasi sendiri. ha3....

Popular Posts