Sunday, July 17, 2011

Sehari ke KL dgn macam2 kerenah masyarakat!

14 Julai baru2 ni aku ke KL untuk menghadiri meeting bersama packet 1 di Office Packet 1, Petaling Jaya. Kebetulan hubby pun ke KL since 11 Julai & katanya nak balik Changlun 14 Julai. Wlaupun adik lelaki aku ada kat rumah skrg ni, tp aku tak boleh berharap kat die sgt sbb keje die cuma makan, tido & dengar lagu, buka sub woofer kuat2 cam orang hilang waras! (jadi penganggur terhormat kat umah aku). Aku cuma risaukan si Alya, takut malam2 meragam kat rumah pengasuh. Aku ingat nak cancel je nak bgtau bos aku tak leh nak pegi, tapi sbb hubby ckp xpelah die akan usahakan balik awal untuk ambil si Alya dari rumah pengasuh tu yang aku gagahkan juga ke KL.
Pagi2 buta lagi aku dah suruh adik aku bangun hantar Alya ke rumah pengasuh & hantar aku skali ke airport kepala batas. Aku naik flight A.Asia dari Alor Star ke LCCT pukul 8.30pg sampai sana dalam pukul 9.30pg. Walaupun dah banyak kali naik flight ni, tapi aku mesti tak boleh lepas dari sakit telinga bila flight nak mendarat. lebih kurang 20 minit sblm flight nak mendarat selalunya telinga aku akan rasa sakit tak terhingga. ni semua akibat tekanan di udara. (bab ni aku tak reti nak cerita) tapi aku nak kongsi skit tip yang aku dapat dari member2 & dari kajian aku sendiri.. ceh! kajian la sangat...

Beberapa tip di bawah ni mungkin boleh digunakan bagi mengurangkan rasa sakit telinga sewaktu dalam flight:

1) Rajin2lah menelan air liur ketika di dalam flight atau di sebabkan air liur aku selalunya kurang banyak, so aku selalu sediakan air mineral @ beli je di atas flight & minum sikit demi sedikit untuk mengelakkan rasa sebu telinga.

2) Makan gula-gula atau chewingum sbb dengan mengunyah, telinga kita akan rasa kurang sakit.

3) Pura2 menguap walaupun anda tidak mengantuk!

4) Selalunya orang yang berada dalam keadaan "flu" lah yang sering mengalami gangguan sakit telinga kerana ruang udara yang berada di antara hidung, telinga & mulut tersumbat. Oleh sebab tu sebelum naik flight bagi sesiapa yang flu, dapatkan dulu ubat "titis hidung" yang dititiskan di dalam hidung bagi membolehkan ruang udara terbuka. Dengan itu anda akan rasa lebih selesa. aku pon pegi dalam keadaan flu, tp Alhamdulillah sehari sebelum berlepas aku ke klinik untuk minta ubat titis hidung. contoh ubat camni:



ubat ni dititiskan sebanyak 2 titis di kedua2 lubang hidung (atau di hidung yang tersumbat je). dalam masa tak sampai 5 minit, hidung akan rasa selesa seperti anda tidak selesema. Kesan boleh tahan sehingga 8 jam. (depend la kot).

Tapi sekiranya anda tergolong dalam golongan orang yang rajin minum air masak/jarang/biasa, tak payah risau sangat sbb keadaan seperti ini akan jarang berlaku.

tutup kisah tip naik flight ni, sekarang nak citer bila aku dah smpi KL.

Bila flight landing je kat lcct, aku dah cuak dah sbb sorang2 ni aku tak reti sgt nak buat ape ntah. so aku terus bli tiket bas ke KL sentral & tepon member yang keje kat area sana, minta die melepak dgn aku sat sbb meeting kat PJ pukul 2.00ptg. aku smpi ke KL sentral kol 11.00am so aku jalan2 la dulu kat situ tgk bazar2 yang ada kat dlm KL sentral tu sbb member aku leh datang pon kol 12 lebih. Sedang aku merayau2 sorang tanpa tujuan tu tetiba ada miss (hindu) ni datang minta donation buat bangunan baru utk pusat jagaan insan istimewa semenyih. Ntah dari mana muncul aku pon tak tau, bukan tak nak bagi, tp skrg banyak sgt dah orang2 camni menipu masyarakat. aku cuma tak nak jd salah sorang dari magsa die je... tp di sebabkan die dok ligan aku sorang, nak tak nak aku bagi la juga dengan harapan semoga miss ni memang betul2 perlukan bantuan. Kalo tak, jawab la ko kat akhirat nanti. Ni resit yang die bagi aku: (RM terpaksa dihidekan ya..maaf).



Habis merayau2 aku buat keputusan untuk tunggu member kat Mc'd memandangkan perut pon dah lapar tahap gaban. Dalam kol 12 lebih2 camtu barulah member aku cik minami ni datang, memang dah lain sangat minah ni, dulu otai skrg Alhamdulillah ada improvement untuk baiki diri, aku je yang tak insaf2 lagi... ni la member aku merangkap roomate aku & aweks aku waktu degree dulu he3...



Kalau nak diikutkan memang ada banyak perkara nak diborakkan tapi masa sentiasa mencemburui kita.. so dapat borak2 tak smpi 1 jam, sbb aku kena kejar taxi ke PJ pulak & minami terpaksa kejat komuter balik ofis die... huhu rindu betul kat cik minami ni.

Dari KL sentral aku ke PJ naik taxi, uncle taxi (hindu) aku tak sempat tanya nama la pulak tu ckp die tau ofis P1 tu kat mana so dgn yakinnya die membawa aku ke PJ, smpai je sana die ckp kat aku:

Uncle taxi: eh which way huh? try u read the signboard, tgk2 ada tak nama P1,
ayooooo aku pon balas balik kat uncle,
aku: laaa u said just now u know the place?
Uncle taxi: I know, but it's okey la try to look at the signboard saya confuse juga jalan ini...
aku: (aduuuhhhhhhh pulak dah uncle ni...(dalam hati)) ok la uncle, I think this is the wrong way, and we should try to ask someone?
uncle: kalo ikut alamat u bagi ni sudah betul la ini alamat dek, but i can't c the building. u sudah pernah dtg sini kan, so try to look which one... sini jalan betul ka ni?
aku: laaaa uncle I can't remember la, it was 2 years ago...

dalam ribut2 tu, aku try tepon bos nak tanya betul ke alamat P1 tu, then nasib baik bos ckp alamat tu dah betul, cuma bos aku pon tak tau direction maklumla bukan orang KL gak, so aku minta bos aku pass HP die kat orang P1, biar orang P1 tu sndiri ckp ngan taxi driver aku nih. then tiba2 uncle tu ckp;

uncle taxi: u tgk.. kan I dah kata betul la ini jalan, u punya member ckp beside tamil school.. u c there! tamil school is over there so p1 building is beside the school. haaa u c? u c?
aku : okey got it uncle!
uncle taxi: okey next time if u come here again, remember p1 buidling is beside the tamil school ok...
aku: okey la uncle... thx much!

tbc.....

2 comments:

  1. ..dlu aku otai ape eh?..otai terperap dlm blk ngadap pc ka..;p next time pakcik texi kne pki gps..bru senang nk cri opis woo..hihihi

    ReplyDelete
  2. hahhaaaa... otai, pakai baju ikut dan jek. Tu la bengang aku ngan uncle taxi tu tp nasib baik die hantar aku smpi dpn pintu ofis p1 tu, kalo x lagi2 hangin aku. Minami gw msh kgn ama lw!!

    ReplyDelete

Popular Posts