Allah telah memberikan aku segala2nya yang aku inginkan di dunia ini, ibu bapa, adik-beradik, suami, anak, tempat tinggal, kenderaan, pekerjaan, lalu apa lagi yang menyebabkan aku kurang bersyukur?? hanya kerana masa lalu?? matilah aku dlm kejahilan disebabkan masa lalu!! ya Allah kuatkan iman ini, bersihkanlah jiwa ini & ampunilah dosa2 hambaMu yang khilaf ini.
Ya Allah aku juga seorang manusia, insan, wanita & isteri biasa kepada seorang manusia biasa yang bernama suami, dialah juga Imamku!. Akan tetapi diri ini sering kali mencari2 kesalahan suamiku sedangkan suamiku bertungkus-lumus membina masjid dalam jalannya untuk membahagiakanku & mencari keredhaanmu. Ya Allah kenapa hatiku dibutakan olehmu sedangkan mataku tidak mampu untuk memandang segala kebaikan yang telah dilakukan oleh suamiku?
Kenapa diri ini sering memandang hina kepada suamiku sedangkan aku lebih hina dari dirinya? dimanakah kau letakkan nikmat syukur terhadapku ya Allah... jangan kau hapuskan nikmat syukur itu daripadaku. Aku ingin sekali mengucapkan syukur atas apa yang telah ku peroleh kini. Namun tiada apa yang dapat mengerakkan hati ini untuk ikhlas & memanjatkan kesyukuran di atas keberadaan suamiku disisiku. Ya Allah, berilah aku petunjukmu & gerakkanlah hati ini agar aku juga bisa memanjatkan kesyukuran dan ikhlas terhadap suamiku.
ya Allah sewaktu aku masih belum bersuami, aku seringkali berangan-angan untuk memuliakan suamiku, menjaganya dengan penuh kasih sayang & keikhlasan seperti kisah Muti'ah pada zaman Rasulullah.
Ya Allah hapuskanlah segala dendam, benci & iri terhadap suamiku dihati ini. Musnahkanlah ingatan ini dari kisah silam yang tak mungkin kembali lagi. Jauhkanlah aku dari api neraka dek kerana kejahilanku ini. Jernihkanlah & sucikanlah hatiku agar aku juga bisa menjadi seorang isteri yang taat kepada suamiku.
Untuk suamiku, andai ada ketikanya isterimu ini enggan mengikut perintahmu & mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga, maafkanlah isterimu ini kerana jahil & zalim terhadapmu, namun isterimu ini akan sentiasa berdoa dan berusaha untuk tidak menghampakan harapanmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
8 september 2009 - Tinggal 11 hari lagi nak menyambut hari raya Aidilfitri. Macam biasalah setiap hari aku gi keje.. pegi balik..pegi..balik...
-
27Mei - Seperti biasa aku akan bangun awal untuk menyiapkan diri & bersarapan sebelum memulakan perjalanan. Aku difahamkan, dari centum ...
-
Ya Allah.. inikah dugaan yg harus aku terima atas kesalahanku ya Allah. Sesungguhnya aku tidak sanggup menerimanya.. berat sungguh Ya ALLAH ...
-
* Gambar sekadar hiasan (di ambil dr blog http://mus-ahmadblog.blogspot.com) Setiap hari Rabu, after balik je dari ofis, aktiviti yang aku t...
-
Lepas balik dari PNU, lebih kurang dalam kol 6.15ptg, kami sempat jugalah berjalan2 di sekitar Haeundae. Kami ke APEC garden yang terletak k...
-
25 Mei 2009 awal2 pagi lagi aku dah bangun ingatkan dah terlewat nak ke PNU sbb matahari pagi dah memancar2 masuk dlm ruang bilik. tengok2 j...
-
Diam tak diam cik Alya ni dah pon besar & dah pandai mencari idea2 baru untuk membantu mama & papa die di rumah. Cik Alya ni sangat ...
-
It's been a long time since my last post. Now I come back with a thousand stories. :). 1st, I really want to share my happiness to every...
-
Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian....

No comments:
Post a Comment