Thursday, December 15, 2011

Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri - Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Hari Jumaat

Penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat Bagi Semua Agensi Kerajaan Persekutuan Di Negeri - Negeri Yang Hari Rehat Mingguannya Hari Jumaat

Ramai staf (gov) yang masih lagi tertanya2 tentang waktu bekerja bagi negeri kedah yang telah mengalami perubahan ni, yang paling keliru adalah waktu rehat pada hari khamis. untuk makluman semua, penyeragaman waktu bekerja ini saya dapatkan dari Laman Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdadangan Luar Malaysia (MATRADE) melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2010. Harap maklum.

Ringkasan Pekeliling

Memaklumkan keputusan Kerajaan berhubung dengan penyeragaman Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat.

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007

Tempoh Waktu Pejabat bagi agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat (Kedah, Kelantan dan Terengganu) yang pernah dilaksanakan dahulu adalah

  • Hari Isnin hingga Khamis - Tempoh Waktu Pejabat (Sehari) adalah 9 jam
  • Hari Ahad - Tempoh Waktu Pejabat (Sehari) adalah 7 jam 30 minit

Waktu Bekerja Berperingkat di Kedah, Kelantan dan Terengganu

WP1

Isnin – Khamis
7.30 pg - 1.00 ptg
2.00 ptg - 4.30 ptg

Ahad
7.30 pg - 12.15 tgh
2.45 ptg - 4.30 ptg

WP2

Isnin – Khamis
8.00 pg - 1.00 ptg
2.00 ptg - 5.00 ptg

Ahad
8.00 pg - 12.15 tgh
2.45 ptg - 5.00 ptg

WP3

Isnin – Khamis
8.30 pg - 1.00 ptg
2.00 ptg - 5.30 ptg

Ahad
8.30 pg - 12.15 tgh
2.45 ptg - 5.30 ptg

Waktu Rehat

Isnin – Khamis
1.00 ptg - 2.00 ptg

Ahad
12.15 tgh - 2.45 ptg

Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010 – yang terkini

Tempoh Waktu Pejabat bagi agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat (Kedah, Kelantan dan Terengganu) adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan di bawah :

  • Hari Ahad hingga Rabu - Tempoh Waktu Pejabat (Sehari) adalah 9 jam
  • Hari Khamis - Tempoh Waktu Pejabat (Sehari) adalah 7 jam 30 minit

Waktu Bekerja Berperingkat di Kedah, Kelantan dan Terengganu

WP1

Ahad – Rabu
7.30 pg – 1.00 ptg
2.00 ptg – 4.30 ptg

Khamis
7.30 pg – 1.00 ptg
2.00 ptg – 3.00 ptg

WP2

Ahad – Rabu
8.00 pg – 1.00 ptg
2.00 ptg – 5.00 ptg

Khamis
8.00 pg – 1.00 ptg
2.00 ptg – 3.30 ptg

WP3

Ahad – Rabu
8.30 pg – 1.00 ptg
2.00 ptg – 5.30 ptg

Khamis

8.30 pg – 1.00 ptg
2.00 ptg – 4.00 ptg

Waktu Rehat

Ahad – Rabu
1.00 ptg – 2.00 ptg

Khamis
1.00 ptg – 2.00 ptg

Catatan

Kuat kuasa
Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Jadual 1 diperenggan 4 bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu dan perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007 adalah dipinda.


Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2010.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts