Tuesday, June 30, 2009

KoRea In My HeaRt.... (part 6)


Malam tu kami bershopping di sekitar haeundae, wlopun tempat shopping yang paling popular adalah di Shinsegae, tapi kami tetap juga nak ke Tesco sbb barangan di Tesco lebih murah. Di sebabkan kelaparan tahap melampau, kami bercadang untuk masak makanan sendiri kerana nak dapatkan makanan halal macam menunggu bulan jatuh keriba... hahahahhaaa :) Malam tu kami beli sedikit sayur-sayuran, beras, telur, sudu, chopstick & yang bestnya aku beli periuk dengan harga Won 18,000 = RM50 tak terasa pun satu pembaziran sbb periuknya cantik & berkualiti, tapi sgt kecil.
Sampai2 kat bilik hotel je kami terus memulakan operasi masak-memasak. Malam tu kami masak lebih2 sikit untuk bekalan hari esok. Berasnya cantik & bewarna jernih. Teringat pulak kat produk kecantikan SKII, rupanya beras di korea sgt bersih, wlopun nasinya benyek tapi rasanyaaaaa....mak aihhh... sedap! malam tu kami hanya makan nasi besama sayur2n & telur dadar. Cukuplah sekadar dapat mengalas perut yang dah lapar tahap gaban tu. Pas kekenyangan, kami menonton siaran TV yang disediakan di bilik hotel, sambil aku malayari internet & mencari2 tempat menarik untuk di kunjungi di Korea. Malam tu juga kami plan untuk ke Gukje-Market yang merupakan pasar yang murah untuk cari souvenir. (to be continued...)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts