Alhamdulillah.... hari ni masuk hari ke 12 bagi umat islam menunaikan ibadah puasa salah satu dari rukun ke-3 dalam Rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Sepanjang bulan Ramadhan ni dah 3 kali aku ponteng puasa... hmm bukan ponteng suka2, tp sebab keadaan yang tidak sihat dan menyukarkan aku untuk meneruskan ibadah puasa dengan sempurna. Hari ni juga genap 34 minggu usia kandunganku yang pertama. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang penyanyang dan telah menjaga aku dengan baik sepanjang hampir setahun mendirikan rumahtangga ni.
Sejak kedatangan Ramadhan ni, aku dah jarang-jarang ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka atau sahur, dalam keadaan aku yang sibuk bekerja, belajar dan hamil ni pergerakan memang agak terbatas. Ada-ada je sakit di sana sini. Mujur suami begitu baik terhadap aku, selama ini dialah yang menyediakan juadah berbuka puasa dan juga sahur.
Kali ni sengaja aku meluangkan masa sedikit untuk menulis di dalam ruangan blog yang telah lama aku tinggalkan, semata-mata untuk mengucapkan rasa SYUKUR padaMu ya Allah kerana menemukan aku dengan insan sebaik suamiku. Untuk suamiku tersayang "Ade Wahyu Ramadhani", kasih sayangmu memang tidak ternilai. Tiada kata yang dapat ku ungkapkan kepadamu hanyalah "Terima Kasih Abang".... :)
Bagi seluruh Umat Islam, Selamat menjalani Ibadah puasa, dan semoga Ibadah kita diterima oleh yang Maha Esa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
-
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu & beramal lagi dibulan paling Mulia di antara semua bulan iaitu bul...
-
Hmm what can I say about this movie? Honestly, I expect more from this movie. I'm quite frustrated overall. It seem like they forgot to ...
-
Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian....
-
Alhamdulillah.. akhirnya rumahku siap juga. Bila sebut je pasal nak pindah ke rumah baru, banyak benda yang nak kena fikirkan. Plaster silin...
-
One of the most serious of all bikes injuries is a head injury and YES! that really happened to my little daughter. During the incident my...
-
Cicak ohhh cicak bebulu betol mata tengok cicak ni. Geram & bengang sungguh aku ngan sekumpulan cicak ni, spesis ape ntah bOntOT x sekol...
-
Hari ni pukul 11.44am waktu office hour, aku, Kak Ani & Aswa keluar sebentar untuk mencari 'daun mambu' sambil membawa pisau ya...
-
Setibanya di Incheon Airport seoul, Korea, hati aku dah melonjak2 keriangan.. kalo diikutkan hati, nak je aku lepak lama2 skit di seoul sebe...
No comments:
Post a Comment