Sunday, August 29, 2010

35 Weeks... a good time to prepare labor bags :)


Agaknya macam ni lah perasaan & saat yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Rasa nervous & excited semuanya bercampur baur di samping rasa semangat untuk packing barang-barang keperluan ibu & baby. Kalo mengikut perkiraan doktor, tinggal 5 minggu lagi untuk aku bersalin, kalo mengikut perkiraan aku la mungkin akhir-akhir lebaran nanti. Apa yang penting, aku harap semuanya selamat. Hmmm tak dapat bayangkan betapa terujanya perasaan ni :). Hubby aku pon macam tu, sejak 2 ke 3 hari lepas tak habis-habis cari baju baby untuk di bawa ke hospital nanti. Barang-barang baby ni tak susah nak cari.. cuma kalo di kedah ni tak banyak sangat pilihan.

Hmmmm ni di antara List barangan keperluan bayi yang dah aku sediakan untuk dibawa ke hospital:

3 helai pakaian baby (new born saiz 12)
1 helai kain bedung
12 keping lampin pakai buang
3 helai tuala muntah
1 helai tuala mandi
1 botol besar baby oil (biasanya nurse akan gunakan baby oil ni utk mandikan baby bagi bersihkan semua darah yang melekat)
1 botol kecil losyen bayi, shampoo, sabun (beli yang kecil dulu takut baby tak serasi)
3 helai sarung tangan & kaki baby
1 helai selimut baby
1 botol minyak telon
tisu basah
diaper cream (sebagai tambahan takut baby kena ruam lampin)
kapas bulat

yang tak perlu dibawa, tapi harus disediakan dirumah:

beberapa helai lagi baju baby (beli yang 3-6 months punya sbb baby cepat besar)
12 helai barut (kalo saya, pakai yang tradisional punya, yang dibuat pakai kain cotton)
4 pasang sarung tangan & sarung kaki baby
12 helai lampin biasa / napkin (alternatif bagi lampin pakai buang, kalo baby kita alah pada lampin pakai buang)
3 pin napkin

untuk kelengkapan mandi:
1 helai tuala mandi
1 besen mandi baby
alatan mandi sabun, shampoo

untuk solek baby selepas mandi:
losyen baby
baby oil
minyak telon
sikat, bedak
tisu basah
pengetip kuku
alat penyedut hingus baby (kalo baby selsema atau air termasuk hidung)

untuk tidurkan baby:
tilam
bantal
selimut

Haaa... yang ni list untuk mama die pulak:

1 sweater
1 helai tuala mandi
1 helai tuala muka (kalo pakai tuala mandi tu pon takpe)
tuala wanita (biasa pakai yang ada wing & long sbb boleh tahan bocor)
3 helai baju butang di depan (senang nanti nak bagi nenen kat baby)
2 helai kain batik
2 pasang stokin
1 pasang selipar
2 helai coli khas menyusu (kalo tak beli pon takpe, tp aku bli sbb nak merasa jd ibu2..hehehehe)
5 helai seluar dalam
1 helai tudung siap pakai
alatan mandi (shampoo, sabun badan, sabun muka)
alatan solek (bedak asas, sikat dsb yang dirasakan perlu)
bahan bacaan
Al-Quran
Buah Kurma (yang ni sebagai makanan tenaga di samping boleh bagi baby makan utk pertama kali, just suakan kat mulut die je, baby bukan leh makan pon)
Beg plastik untuk isi baju kotor

Yang ni pulak list untuk papa die:

Kad pengenalan papa & mama
Buku Merah / kad lawatan hospital
Surat Nikah
Guarantee Letter (surat ni untuk di beri kpd doktor untuk biaya belanja & dptkan wad di kelas pertama)
1 helai tuala mandi
1 helai seluar dalam (mana tau papa nak teman mama)
alatan mandi tak perlu sbb boleh share dgn mama je hehehe...

Alhamdulillah segala keperluan ni dah dilengkapkan, tinggal tunggu angkut jek. Ni yang rasa tak sabar nak tgk muka anak mama........ huhu

Thursday, August 26, 2010

Duit Raya Ohh.. Duit Raya....

Wahhh ramai betul orang queue nak tukar duit raya kat Bank Islam hari ni, apa lagi baru-baru ni masuk gaji, semua la staff UUM berkerumun kat bank ni, naik kebas kepala lutut tunggu nak keluarkan duit. Untuk tahun ni disebabkan kesempitan duit, aku cuma mampu peruntukkan RM300 je untuk duit raya. Tak macam tahun-tahun lepas aku peruntukkan RM500. Tahun ni memang banyak kena cut, maklumlah nak menyambut orang baru tak lama lagi, so banyak juga duit kena savekan. Hubby aku dah cakap tahun ni tak nak baju raya, die cut cost sbb katanya baju nikah color putih cream tu boleh pakai lagi. Kalo tak kerana kesempitan ni, dah lama aku merayau sorang2 kat pekan tu carikan baju raya untuk die. kesian sungguh hubby aku, tak gamak pulak nak tgk die pakai baju nikah.... huhu...

Tuesday, August 24, 2010

Alhamdulillah.. selesai 1 mid test

Alhamdulillah... selesai 1 mid test. Kol 10.15pg - 12.15 tghr td aku ada mid test untuk kelas 'Network Management'. Soalan cuma 2 je, tp 1 soalan 25 markah... mak aihhh jenuh juga nak menggoreng. Uniknya dalam kelas ni, aku sorang je dak pompuan dari 8 orang pelajar, yang lain semua lelaki. Dalam kelas aku ni cuma 3 orang je budak Malaysia termasuk aku yang lain datang dari China, Algeria, Libyan, Sudan & Indonesia. Tp otak masing2 memang matang giler kalo nak dibandingkan dengan aku ni, ramai juga yang gov dieorang hantar pi balajar kat UUM ni. Kebanyakan dieorang ni memang expert la dalam bab2 network ni.
Hmmm... tapi lepas ni ada satu lagi mid test untuk kelas "Information Security" sebelum balik raya. Harap2 aku leh score la mid test ni.... AMIN....

Monday, August 23, 2010

Sekadar Coretan buat Kenangan...


Dah lama aku menyepi dari blog ni, baru semalam aku log in just to say "Selamat Berpuasa" kepada semua". Tapi hari ni aku nak berkongsi cerita skit dengan semua tentang kehidupan aku sepanjang tempoh 'menyepi' dari blog ni. Dalam posting yang lepas2 memang aku ada nyatakan pertunangan aku putus, tp sebenarnya Allah hanya menguji kekuatan dan ketabahan hati aku. Time tu memang sedih sangatlah... mana taknya segala persiapan dah dilakukan, tinggal tunggu hari untuk disatukan je. Alhamdulillah, selang beberapa hari lepas tu, tunang aku call semula minta maaf atas keterlanjuran kata-katanya, untung kedua-dua pihak keluarga masih belum tahu apa yang terjadi. Setelah perbincanagan dilakukan, aku & dia bersetuju untuk meneruskan juga perkahwinan ini dan cuba sedaya upaya untuk membina sebuah keluarga bahagia. InsyaAllah...
Memandangkan dia adalah warganegara Indonesia yang berasal dari Palembang, maka banyak prosedur yang perlu dilakukan sebelum pernikahan dapat dilangsungkan. Hmmm.... memang dugaan sehingga saat2 terakhir bernikah, masih ada dokumen2 yang belum lengkap. Untung juga rumah aku berhampiran dengan Pejabat Agama, jadi ringanlah sikit beban.
Akhirnya tanggal 4 Disember 2009, aku dan dia disatukan dalam majlis yang sederhana di rumahku di Balai Polis, Kg Gajah, Perak. Keluarga dari sebelah pihak lelaki juga turut hadir walaupun jauh. Jutaan terima kasih kepada mama, papa, bude & mbak Ita kerana hadir dalam majlis ini.

Sunday, August 22, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2010

Alhamdulillah.... hari ni masuk hari ke 12 bagi umat islam menunaikan ibadah puasa salah satu dari rukun ke-3 dalam Rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Sepanjang bulan Ramadhan ni dah 3 kali aku ponteng puasa... hmm bukan ponteng suka2, tp sebab keadaan yang tidak sihat dan menyukarkan aku untuk meneruskan ibadah puasa dengan sempurna. Hari ni juga genap 34 minggu usia kandunganku yang pertama. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang penyanyang dan telah menjaga aku dengan baik sepanjang hampir setahun mendirikan rumahtangga ni.
Sejak kedatangan Ramadhan ni, aku dah jarang-jarang ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka atau sahur, dalam keadaan aku yang sibuk bekerja, belajar dan hamil ni pergerakan memang agak terbatas. Ada-ada je sakit di sana sini. Mujur suami begitu baik terhadap aku, selama ini dialah yang menyediakan juadah berbuka puasa dan juga sahur.
Kali ni sengaja aku meluangkan masa sedikit untuk menulis di dalam ruangan blog yang telah lama aku tinggalkan, semata-mata untuk mengucapkan rasa SYUKUR padaMu ya Allah kerana menemukan aku dengan insan sebaik suamiku. Untuk suamiku tersayang "Ade Wahyu Ramadhani", kasih sayangmu memang tidak ternilai. Tiada kata yang dapat ku ungkapkan kepadamu hanyalah "Terima Kasih Abang".... :)
Bagi seluruh Umat Islam, Selamat menjalani Ibadah puasa, dan semoga Ibadah kita diterima oleh yang Maha Esa.

Popular Posts