Monday, June 20, 2011

Hatyai Vacation part II


aksi monyet di atas sebuah pohon (yang aku tak tahu namanya) sedang memakan buah kelapa

Melihatkan aksi si monyet yang sedang melahap kelapa ni membuatkan kami semua terasa lapar. Apa lagi selepas menikmati pemandangan di Tang Kuan Hill Top, kami sepakat untuk berhenti makan sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai Plaza untuk bershopping.

Dalam banyak-banyak kedai makan, aku berhenti di sebuah kedai makan dipinggir pantai untuk meng'usha'2 makanan yang ada & suddenly aku terjumpa ini...tadaaaaa... tengok betul2


Ulat Sagu

Ini adalah sejenis ulat sagu dan merupakan makanan eksotik yang tidak asing lagi bagi penduduk thai ni. dikatakan ulat ini lebih enak sekiranya di makan begitu sahaja. ya Ampunnnn kalo aku sori la nak makan menatang ni idop2 walaupun halal. Tengok die menguit2 pon aku dah geli-geleman..uuuhhh...

tak jauh dari kedai makan tu, ada sebuah kedai makan islam yang memang tukang masak die pon islam & diyakini halal. Kami dengan sengaja memilih menu "tom yam campur, ikan masak asam boi, ikan goreng, sayur kailan ikan masin, & telur dadar" menu2 ini adalah menu standard kalo aku makan kat mana2 pon, tp ap yang menjadi kelainan adalah aku makan tomyam di negara asal tomyam ini... di Thailand.. dan rasanya uuuuummmmhhhh sungguh2lah enak & pedas kau2 punya. meleleh hingus aku sambil makan, sambil lap hingus. huh terbakar!!!

Maaf foto tidak dapat disertakan kerana tersangat stim menikmati hidangan sehingga terlupa nak snap gambar..

Selepas hampir 1 jam menikmati hidangan & berlepak2 di tepi pantai, kami bergerak ke plaza hatyai. Dalam perjalanan, aku terpandang sebuah kedai menjual pelbagai jenis makanan seperti keropok, ikan masin, udang kering dll & yang paling aku teringin memilikinya ialah peti simpanan air ni... huuuuu sangat eksotik juga. Kami berhenti seketika di sini sebab pama mertua nak cari ole2.


macam-macam air ada setiap satu 20Baht = RM2

Disebabkan dahaga agak melampau walaupun sudah kekenyangan, aku menawarkan diri ini untuk membeli air nescafe yang dijual pada harga 20Baht = RM2. Rasanya perghhhhh kau habis! sedap..memang sedap aku tak tipu.... memang berbaloi la beli wlopun hanya di kaki jalan. Kami meneruskan lagi perjalanan sehingga ke tempat yang dituju.

di Plaza ni, tiba2 aku jadi rambang mata pula. Banyak barang2 seperti pakaian, kasut, & beg tangan di jual pada harga yang terjangkau, kalau pandai speaking Thai, lagi2 la dieorang bagi murah. Ada juga penjual di sini pandai berbahasa melayu sebab kebanyakan pengunjung yang datang di sini & bermastautin di sini adalah orang melayu dari Malaysia.

Aku & mama memang laaa tak tertahan tengok barang2 yang ada kat sini, kalo boleh dengan penjual2nya skali aku angkut, tapi apakan daya duit yang masih berbaki di poket hanyalah cukup untuk membeli sehelai dua baju.


terdapat pelbagai jenis baju yang dijual, daripada pakaian dalam sehinggalah ke luar

di sebabkan kekangan masa, so we all kat sini cuma 1jam 30min je, tu pon tak puas meronda2 lagi. walaupun terasa kaki hampir tercabut, namun perjuangan mencari ole2 untuk di bawa pulang ke Indonesia masih diteruskan. Finally mama mertuaku belikan 3 pasang gaun untuk cucu2nya yang di indonesia sebagai ole2. Aku pulak carilah something untuk Alya anak kesayanganku, dan akhirnya gaun jugalah pilihanku. Thailand ni terkenal dengan gaun kanak-kanak yang cantik2 & berjenama pula tu cam Disney, Carter, Gap dan banyak lagi.

Jam dah menunjukkan kol 5 ptg, so we all harus bergerak cepat ke Klonghae floating market yang mengambil masa 15min perjalanan dari plaza hatyai ni. Setibanya di sana aku sungguh excited nak ambil gambar orang menjual di atas sampan ni. meh2 nak tunjuk foto2 dieorang.

Berniaga di atas sampan

aku pon turut membeli siap nak naik atas sampan lagi tu..


kalau beli air, boleh pilih nak masuk dlm bekas apa.. so aku pilih bekas tanah liat bentuk cam labu ni daripada bekas buluh atau cawan kertas.


Owhhh telur bewarna pink ini telah mencuri hati saya kerana color die pink & lain dari yang lain. Apa yang penting ia adalah sejenis telur masin yang telah di colorkan kulitnya.




inilah pemandangan hatyai floating market form a bridge (malas nak edit lawa2, cukup sekadar tatapan)

kami berhenti di floating market ni tak lama cuma dalam 45 minit sebab nak kejar waktu marghrib & nak balik rumah... dah rindu kat Alya Batrisyia ^_^.

-Habis-




No comments:

Post a Comment

Popular Posts