Hari ni pukul 11.44am waktu office hour, aku, Kak Ani & Aswa keluar sebentar untuk mencari 'daun mambu' sambil membawa pisau yang dipinjam dari pantry. Otw keluar terserempak la kami dengan BIG BOS... owwoww... ingat beliau tak masuk ofis hari ni.
BOS : aik nak ke mana ni?
me : Saya nak cari daun mambu kejap Dr. (sambil tersenyum2 kambing)
BOS : Daun mambu? kenapa anak u sakit ke?
me : Ha ah demam campak.
BOS : Owwhhh tu yang siap bawa pisau skali tu? (sambil memandang kepada Kak Ani) di Kolej Maybank ada banyak try cari kat sana.
Kak Ani: ha ah... (sambil tersenyum2)
BOS : Era nanti u bagi anak u minum ayaq nyioq sbb anak I dulu demam campak, I bagi ayaq nyioq & sup ayam.. elok biar campak die keluar habis. kalau tak keluar habis takut jadi kayap pulak.
me : Owwhh okey, sup ayam tu nak letak garam skit ke? (saja tanya sbb petua Encik safar x yah letak)
BOS : letak la skit bagi buat rasa2.
me : Owwwhh okey Dr, kami pegi sat no...
Misi pertama bergerak ke kolej Maybank dengan menaiki kereta Viva AGUXXXX kepunyaan cik Aswa. Nak kenal pokok mambu ni bukan la senang, sebab terdapat banyak pokok yang seakan2 sama dengan pokok mambu ni. Kak Ani selaku pengecam amatur mengesahkan bahawa tiada pokok mambu kelihatan di kolej Maybank tersebut.
Seterusnya Misi Kedua kami bergerak menuju ke Bukit Tangga melalui jalan belakang Kolej TM. Masih lagi tiada tanda2 terdapat pokok mambu di situ. Maka 1 keputusan telah di buat iaitu bertanya ke Pak Guard yang menjaga pintu UUM arah bukit tangga (kampung kak Ani), kerana kami berpegang kepada kata-kata "Malu bertanya sesat jalan".
Berikut adalah gambar pisau yang digunakan untuk memotong daun mambu tersebut.
Kak Ani : Pakcik, nak tumpang tanya ni, ada tak pokok mambu sekitar sini?
Pak Guard : Pokok mambu? kenapa ada budak sakit ke?
me : Ha ah, anak yang sakit.
Pak Guard : Pokok mambu banyak kat UUM ni. Kat Mall ada. Pegi masuk kat tempat parking mall tu, turun kat bawah tu ada 1 pokok mambu.
me : Owwhh pokok die rendang2 je ek?
Pak Guard : Taklah pokok die tinggi.
Kak Ani : Ha? macam mana nak ambil? (ni kena ajak sapaq mai panjat pokok ni)
Pak Guard : eh boleh.... cari dahan yang rendah, senang ambil.
Kak Ani : Owhh okeylah pakcik, terima kasih no.
Pak Guard : Baik...... carilah kat mall tu senang.
Di sebabkan Kak Ani yakin pokok mambu tu banyak di sekitar kawasan tasik kolej sime darby, yang dulunya dikenali sebagai tasik Guthrie, beliau tetap bertegas dengan pendirian beliau untuk mencari pokok mambu tersebut di sekitar kawasan yang disebutkan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kegiatan beliau yang seringkali ke tasik sime darby tersebut untuk berjogging setiap petang. Maka sekali lagi keputusan di buat, kali ini ke Tasik.
Misi Ketiga, bergerak ke Tasik Sime Darby. Tasik kelihatan kering kerana kerja2 pembersihan tasik sedang giat dijalankan. Teringat masa zaman bercinta dulu memang tasik ini lah menjadi saksi cinta aku dan dia (perghhh ayat tak boleh blah!). Berbalik kepada misi td, setibanya di lokasi yang ditunjukkan oleh Kak Ani, maka terdapat banyak pokok yang we all assume itulah pokoknya. Kak Ani turut yakin bahawa ya... inilah pokok mambu itu. Setelah di amati betul2, dan disangkal oleh cik Aswa, kak Ani jadi tidak yakin dengan pokok yang baru sahaja ditunjukkan oleh beliau tu. tetapi aku memberi cadangan agar patahkan skit beberapa dahan pokok ini untuk di compare dengan pokok2 yang seakan2 pokok mambu di tempat lain.
So, gambar ini diambil sebagai bukti kot2lah kami silap petik daun.
Disebabkan tidak berapa yakin bahawa pokok@daun ini dalah hak milik empunya nama "mambu", maka kami pon membuat 1 lagi keputusan untuk ke mall seperti yang dikatakan oleh Pak Guard tadi.
Misi Keempat bergerak ke mall. dengan berbekalkan sedikit informasi daripada pak guard tadi, kami menuju ke mall dan ke parking lot yang betul2 terletak di belakang mall, sambil2 tu sempat juga kami berborak2;
Aswa : Kak Eira apsal tak tanya Dr Chek, mesti die tau daun mambu tu camne.
me : Alah.. terlupa la pulak nak tanya kat die.
Aswa : Kang kalo kita ambil ni sure die cakap "Awat hampa tak tanya saya?"
me : haa3... "kat blakang rumah saya banyak" (sambil mengajuk & guest apa yang bakal Dr Chek katakan).
Kak Ani : "Lain kali tanya la saya dulu".. (Kak ani menyambung sambil mengajuk Dr Chek)
me : Ala tak palah kita cari dulu, then baru tanya die betul ke daun yang kita ambil ni daun mambu.
Aswa : Sure kalo daun ni daun mambu, mesti die cakap camtu.
me & Kak Ani : he3
Setibanya di sana kelihatan ada sebatang pokok yang agak rendang, tetapi kami tetap tidak yakin bahawa pokok itu adalah pokok mambu kerana daunnya sama dengan daun yang dipetik oleh kak Ani. Dengan beranggapan bahawa mungkin kami telah tersalah direction, atau lost direction seterusnya kami mencari parking lot yang berhampiran dengan mall tersebut. Mengikut kata2 pak guard tersebut, pokok tu cuma ada 1 dan tinggi.... tetapi apa yang kami lihat, memang ada pokok yang tinggi dan besar di parking lot tersebut tetapi bukan sebatang, ada 3 batang pokok. Agak confuse juga apabila daun pokok2 tersebut menyerupai daun yang dipetik oleh kak Ani, cuma alur uratnya agak "Senget" dan daunnya lebih kecil.
Aswa : Haaaa........ inilah pokok mambu, betul tak kak Ani.
Kak Ani : Haaa... inilah die, yang kita ambil td tu bukan daun mambu. (dengan pantas dan yakin kak Ani mengiyakan).
me : hehehe... kalo tanya I, I tak tau... tengok dalam ternet td pokok die kecik je. heeee (sambil tersengeh cam kera busuk)
Kak Ani : I memang yakin nilah daun mambu.. hmm ya lah U ni memang daun mambu, dulu kat rumah I pon ada tapi skrg dah lupa rupa die, tak silap memang nilah rupa die.
Aswa : kalo camtu kita ambil jelah kak Ani.
me : besarnya pokok ni tinggi pulak tu camne nak ambil ni.
Aswa : hmmm sat... (sambil mengambil ranting yang agak panjang & cuma mengait dahan2 yang agak rendah untuk diranggah).
inilah cara mereka meranggah daun mambu tersebut
dengan ketinggian 167cm Aswa dengan jayanya dapat mencapai salah satu dahan tersebut dibantu oleh kak Ani yang hanya mempunyai ketinggian 152cm. Siap kena ngurat lagi ngan bebudak student lelaki. kalau la bebudak ni tau yang kak ani & aswa ni staf UUM, mesti dieorag tak berani ngurat ha3. ermmm aku yang ketinggian 160cm ni tak masuk dalam gambar ni & tak membantu memetik sbb sibuk mengumpul dahan yang dipetik & sibuk ambil gambar untuk dimasukkan dlm blog aku nih... keh3.
Dengan penuh semangat kami membawa pulang daun2 yang dipetik td ke ofis. Sesampai je di Ofis, terus kami menuju ke bilik Dr Chek, seperti yang di Jangka:...
me : Salam Dr Chek, nak tanya skit ni, ni daun mambu ka? (sambil menunjukkan daun mambu tersebut).
Dr Chek : Ha ah.. ni daun mambu awat?
Aswa : takdelah we all confuse yang mana 1 daun mambu, ada yang satu lagi ni, ingat yang ni...
Dr Chek : Nak buat apa daun mambu ni?
me : anak saya demam campak, so nak mandikan ngan daun mambu ni.
Dr Chek : Laaaa.... awat tak habaq?
me : Aswa.... betul la apa yang kita cakap td, mesti ayat ni yang Dr Chek tanya.
Aswa : kan?? kan? agak dah Dr ni.
Dr Chek : Awat?? blakang rumah saya ada banyak daun ni.
me : see?? betul kan aswa (sambil ketawa).
Aswa : ha ah....(sambil ketawa)
Dr Chek : Awat? ketawa kenapa?
me : takde, td masa ambil daun ni, aswa tanya saya kenapa tak tanya Dr Chek dulu, then we all try guess apa yang akan Dr cakap nanti kalo we all bawa daun ni.
Dr Chek : heeee3
After jumpa Dr Chek, we all pon masuk semula dalam kandang (bilik) kitaorang & duduk diam di cube masing2. tak lama lepas tu, Dr Chek pulak masuk ke bilik kami:
Dr Chek : awat hampa tak habaq nak cari daun ni? kat blakang rumah saya banyak.
me : laaaa.... sambung lagi? bukan tak nak habaq Dr, cuma terlupa.... kalut sbb nak cari cepat.
Dr Chek : abis tu hampa ambil kat mana ni?
me : kat mall je, tanya kat pak guard.
Bawah ni adalah insan yang bernama Dr Chek he3..
haaa.. yang ni pulak gambar daun mambu yang betul punyer ya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Agaknya macam ni lah perasaan & saat yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Ras...
-
Semalam after balik je dari ofis, mama & papa bawa Alya ke Klinik Dr. Noriah, Jitra sebab Ibu cakap kemungkinan Alya demam campak, sebab...
-
aku dapat tgk dari raut wajah suami aku tu begitu excited smpi tak lalu nak makan tghr. Ms kat wad bersalin tu macam2 ragam bakal2 ibu &...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
No comments:
Post a Comment