Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan penyakit kerana ia menyerupai nama anak Jin. Isu ini banyak disebarkan tidak kiralah samada di FB atau di Blog2 mereka. Kebetulan salah satu nama yang disebutkan ialah nama anak saya "Batrisyia". Sebelum memilih nama ini, saya dan suami banyak membuat rujukan dengan membeli buku nama-nama yang baik menurut Islam, serta melayari internet. Batrisyia bermaksud "Bijaksana". Disebabkan kecoh dalam FB tentang nama-nama ini, maka saya mencari sedikit info untuk kesahihan isu ini. Semuanya bermula dari Rancangan TANYALAH USTAZ TV9 (USTAZ SHARHAN SHAFIE), PENGAMAL PERUBATAN ISLAM...
gambar sekadar hiasan
Nama anak jin : Pendapat Ustaz Zaharuddin Dan Pandangan Dato' Dr Haron Din
"Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah..lanjut baca di link. "Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah".
"Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran." Dari Fb Ustaz Zaharuddin.net
Wallahu a’lam bish-shawab.....
*copy from http://www.anamarzablog.com*
Kesimpulan yang saya boleh buat di sini, apabila kita tidak tahu tentang sesuatu, lebih baik kita merujuk kepada mereka yang lebih arif. Terima kasih di atas penjelasan Dato' Dr Haron Din.
*copy from http://www.anamarzablog.com*
Kesimpulan yang saya boleh buat di sini, apabila kita tidak tahu tentang sesuatu, lebih baik kita merujuk kepada mereka yang lebih arif. Terima kasih di atas penjelasan Dato' Dr Haron Din.