Monday, July 18, 2011

Sehari ke KL dgn macam2 kerenah masyarakat! (part 2)

Meeting bersama p1 taklah lama mana, cuma 1 jam setengah je sbb Bos aku nak ligan flight die. Kalo nak diikutkan aku ada skit masa lagi sebelum balik kedah then aku terfikir nak singgah ke rumah jiran lama masa aku dok Kem BN6 PGA Muar 11 thn yg lepas, la ni jiran aku tu dah pindah kat IPPD petaling jaya, memang dekat sgt ngan office p1 tu. Berpandukan alamat yang diberi oleh "mizzez fairuz" (spt dlm FB beliau) & direction yang aku download dr internet, aku pon nekad la ke rumah beliau walaupon beliau takda, just nak jumpa mak die je yang aku panggil cik Umi. Dapat jumpa sekejap pon jadilah sbb dah lama tak jumpa... teringat masa zaman kecik2 dulu aku ngan mizzez fairuz ni slalu pegi sekolah sama2 (sek rendah ye), pegi main sama2 sampai kena marah la ngan mak2 we all sbb degil sgt. Kalo petang2 salalu main badminton, main rounders & main lompat getah. hahahaaa cam hape ntah, kira bahagia la juga masa zaman kanak2 dulu.
Aku ke IPPD PJ ngan uncle taxi, kali ni uncle cina pulak. Aku smpi kat sana dlm kol 5.15 camtulah, sampai je kat IPPD PJ tu, aku nampak banyak block yang takde no, so aku tanya la abang polis yang tgh guard kat situ mcmn nak ke rumah 2#@$-5@ tingkat # block #. Boleh tahan encem gak abang polis tuh nampak cam org sarawak je ahaks! (owwh tiada niat menggatal hanya mengagumi keindahan ciptaan Tuhan).
Terkejut jugalah cik Umi sbb aku berjaya juga ke rumah die, ayat pertama yang die cakap kat aku "Tau jugak ko cari rumah cik Umi ni, takut juga ko sesat"... he3 aku sendiri pon takut aku sesat sebenonyer........wkwkwkwww tapi buat2 la muka cam org "Pro"... "takdelah, senang je nak cari rumah cik Umi ni"... memang senang pon tuju kat balai polis je susah ape ye dak?? hahahaha tapi aku tak sempat la nak borak lama2 sbb takut jalan jam nak ke airport, aku singgah tak sampai 10 minit, then terus balik, memang tak sempat nak menjamah kopi barang seteguk. Takpalah at least aku dah tau rumah cik Umi kat mana, so esok2 kalo nak bawa mak aku datang sini senang la tak la sesat.



ni la foto aku (kanan) bersama mizzez fairuz berlatarbelakangkan kuarters Kem BN6 PGA Bakri Muar

On the way ke airport, uncle taxi tu ajak aku borak2, memang friendly uncle ni, nama die Ling, kalo nak diikutkan banyak nak tulis ni tentang perbulan kitaorang, tapi diringkaskan cerita, uncle Ling ni lebih banyak cerita kat aku tentang perihal rumahtangga dia lah,mungkin uncle Ling ni takda tempat mengadu kot tu yang die cerita kat aku. Apa yang buat aku terkedu, uncle Ling ni berminat nak convert agama die ke Islam, aduhhhhh dah la aku ni cetek ilmu agama, die pula banyak tanya ttg hukum hakam islam dalam soal membina rumahtangga & peranan suami isteri bagi mengekalkan rumahtangga... huhu. Aku pon jawab mengikut apa yang aku pernah belajar dulu & pengalaman aku lah.
Bercerita tentang uncle Ling ni dia adalah seorang bapa kepada 3 orang anak perempuan yang kini semakin meningkat remaja. Mempunyai seorang isteri yang kuat berleter & queen control. Uncle Ling ni sering tertekan apabila balik rumah sbb kalo balik ke rumah tanpa bawa duit, si isteri bukan je membebel, tapi akan maki hamun, tunjal kepala uncle ling & akan minta uncle ling tidur di luar rumah. Kesian sungguh nasib uncle ling ni. Menurut uncle Ling, dulu die bukanlah pemandu taxi tegar, tapi seorang businessman yang ada restoran / coffee house, setiap bulan keuntungan die tak kurang dari 10k, kesemua duit @ akaun adalah di bawah nama isteri, si isteri tak perlu membantu di kedai, hanya perlu semak wang masuk & keluar je. setiap bulan juga uncle ling akan hadiahkan emas utk isteri die tak kisahlah kadang2 cincin, kadang2 rantai, tapi itu pon hasil bahagi wang keuntungan ngan isteri die, 7k untuk isteri & 3 k untuk uncle ling. 3k tulah yang die akan gunakan untuk bayar bil2, beli hadiah utk isteri & bayar insuran anak bini. selebihnya untuk diri sendiri. Menurut uncle ling, 1 hari perniagaan dieorang lingkup sbb hasad dengki orang, & sebab tu die jadi taxi driver. kalau die tak kerja, isteri die lagi2 la membebel. Apapun nasib baik die sempat beli 2 buah rumah yang sekarang ni isteri die menjadi suri di rumah tu. Isteri uncle ling pula jarang masak kat rumah, uncle ling la yang akan masak kat rumah utk isteri & anak2 after balik keje. Anak2 pula tipu uncle ling, (adalah benda yang die buat yang aku tak boleh nak cerita kat sini), kesian uncle ling ni.
Sekarang ni ceritanya adalah uncle ling dah sangat stress dengan isteri die, tapi die tak sampai hati nak cerai dengan isteri die & kalau boleh die nak convert agama islam, tapi takut isteri die maki hamun die & keluarga tak setuju. Kalo aku, memang tak dapat membantu banyak, aku minta uncle ling cari kawan2 die yang Islam yang boleh bantu die dalam hal ni sbb aku dok jauh, ada takde aku cuma bagi no fon aku je kat die :p dengan harapan kalo betul2 die nak masuk islam, carilah aku, Insya-Allah aku boleh bantu. Bila dah sampai kat lcct airport, uncle ling tak henti2 ucapkan terima kasih kat aku, tapi aku tak tau terima kasih utk apa... siap die bagi 2 resit lagi utk claim perjalanan. huhu... tapi aku just guna 1 resit jelah utk claim, kalo tak menjawabla aku kat akhirat nanti......... huhu...
Masa kat lcct tu aku ajak sorang kak husna temankan aku semetara aku tggu flight, kak husna ni ex-officemate aku, la ni keje kat LHDN. Nak borak banyak2 pon tak dan sbb nak boarding... apa pon sempat la we all minum2 kat mc'd he3.



ni la kak husna yang sentiasa cun....



yang ni adalah aku yang sentiasa serabut.. huhu

masa kat lcct ni sempat gak la aku beli something untuk my hubby, kalo tak beli something utk die cam tak lengkap plak perjalanan aku nih.. heheheheeee....



tadaaaa.......... ni la hubby aku bersama2 gift yang aku beli kat lcct.. happy bila tgk die terharu! muah muah muah LOVE u much Ade Wahyu!!

-End of the story-

Sunday, July 17, 2011

Sehari ke KL dgn macam2 kerenah masyarakat!

14 Julai baru2 ni aku ke KL untuk menghadiri meeting bersama packet 1 di Office Packet 1, Petaling Jaya. Kebetulan hubby pun ke KL since 11 Julai & katanya nak balik Changlun 14 Julai. Wlaupun adik lelaki aku ada kat rumah skrg ni, tp aku tak boleh berharap kat die sgt sbb keje die cuma makan, tido & dengar lagu, buka sub woofer kuat2 cam orang hilang waras! (jadi penganggur terhormat kat umah aku). Aku cuma risaukan si Alya, takut malam2 meragam kat rumah pengasuh. Aku ingat nak cancel je nak bgtau bos aku tak leh nak pegi, tapi sbb hubby ckp xpelah die akan usahakan balik awal untuk ambil si Alya dari rumah pengasuh tu yang aku gagahkan juga ke KL.
Pagi2 buta lagi aku dah suruh adik aku bangun hantar Alya ke rumah pengasuh & hantar aku skali ke airport kepala batas. Aku naik flight A.Asia dari Alor Star ke LCCT pukul 8.30pg sampai sana dalam pukul 9.30pg. Walaupun dah banyak kali naik flight ni, tapi aku mesti tak boleh lepas dari sakit telinga bila flight nak mendarat. lebih kurang 20 minit sblm flight nak mendarat selalunya telinga aku akan rasa sakit tak terhingga. ni semua akibat tekanan di udara. (bab ni aku tak reti nak cerita) tapi aku nak kongsi skit tip yang aku dapat dari member2 & dari kajian aku sendiri.. ceh! kajian la sangat...

Beberapa tip di bawah ni mungkin boleh digunakan bagi mengurangkan rasa sakit telinga sewaktu dalam flight:

1) Rajin2lah menelan air liur ketika di dalam flight atau di sebabkan air liur aku selalunya kurang banyak, so aku selalu sediakan air mineral @ beli je di atas flight & minum sikit demi sedikit untuk mengelakkan rasa sebu telinga.

2) Makan gula-gula atau chewingum sbb dengan mengunyah, telinga kita akan rasa kurang sakit.

3) Pura2 menguap walaupun anda tidak mengantuk!

4) Selalunya orang yang berada dalam keadaan "flu" lah yang sering mengalami gangguan sakit telinga kerana ruang udara yang berada di antara hidung, telinga & mulut tersumbat. Oleh sebab tu sebelum naik flight bagi sesiapa yang flu, dapatkan dulu ubat "titis hidung" yang dititiskan di dalam hidung bagi membolehkan ruang udara terbuka. Dengan itu anda akan rasa lebih selesa. aku pon pegi dalam keadaan flu, tp Alhamdulillah sehari sebelum berlepas aku ke klinik untuk minta ubat titis hidung. contoh ubat camni:



ubat ni dititiskan sebanyak 2 titis di kedua2 lubang hidung (atau di hidung yang tersumbat je). dalam masa tak sampai 5 minit, hidung akan rasa selesa seperti anda tidak selesema. Kesan boleh tahan sehingga 8 jam. (depend la kot).

Tapi sekiranya anda tergolong dalam golongan orang yang rajin minum air masak/jarang/biasa, tak payah risau sangat sbb keadaan seperti ini akan jarang berlaku.

tutup kisah tip naik flight ni, sekarang nak citer bila aku dah smpi KL.

Bila flight landing je kat lcct, aku dah cuak dah sbb sorang2 ni aku tak reti sgt nak buat ape ntah. so aku terus bli tiket bas ke KL sentral & tepon member yang keje kat area sana, minta die melepak dgn aku sat sbb meeting kat PJ pukul 2.00ptg. aku smpi ke KL sentral kol 11.00am so aku jalan2 la dulu kat situ tgk bazar2 yang ada kat dlm KL sentral tu sbb member aku leh datang pon kol 12 lebih. Sedang aku merayau2 sorang tanpa tujuan tu tetiba ada miss (hindu) ni datang minta donation buat bangunan baru utk pusat jagaan insan istimewa semenyih. Ntah dari mana muncul aku pon tak tau, bukan tak nak bagi, tp skrg banyak sgt dah orang2 camni menipu masyarakat. aku cuma tak nak jd salah sorang dari magsa die je... tp di sebabkan die dok ligan aku sorang, nak tak nak aku bagi la juga dengan harapan semoga miss ni memang betul2 perlukan bantuan. Kalo tak, jawab la ko kat akhirat nanti. Ni resit yang die bagi aku: (RM terpaksa dihidekan ya..maaf).



Habis merayau2 aku buat keputusan untuk tunggu member kat Mc'd memandangkan perut pon dah lapar tahap gaban. Dalam kol 12 lebih2 camtu barulah member aku cik minami ni datang, memang dah lain sangat minah ni, dulu otai skrg Alhamdulillah ada improvement untuk baiki diri, aku je yang tak insaf2 lagi... ni la member aku merangkap roomate aku & aweks aku waktu degree dulu he3...



Kalau nak diikutkan memang ada banyak perkara nak diborakkan tapi masa sentiasa mencemburui kita.. so dapat borak2 tak smpi 1 jam, sbb aku kena kejar taxi ke PJ pulak & minami terpaksa kejat komuter balik ofis die... huhu rindu betul kat cik minami ni.

Dari KL sentral aku ke PJ naik taxi, uncle taxi (hindu) aku tak sempat tanya nama la pulak tu ckp die tau ofis P1 tu kat mana so dgn yakinnya die membawa aku ke PJ, smpai je sana die ckp kat aku:

Uncle taxi: eh which way huh? try u read the signboard, tgk2 ada tak nama P1,
ayooooo aku pon balas balik kat uncle,
aku: laaa u said just now u know the place?
Uncle taxi: I know, but it's okey la try to look at the signboard saya confuse juga jalan ini...
aku: (aduuuhhhhhhh pulak dah uncle ni...(dalam hati)) ok la uncle, I think this is the wrong way, and we should try to ask someone?
uncle: kalo ikut alamat u bagi ni sudah betul la ini alamat dek, but i can't c the building. u sudah pernah dtg sini kan, so try to look which one... sini jalan betul ka ni?
aku: laaaa uncle I can't remember la, it was 2 years ago...

dalam ribut2 tu, aku try tepon bos nak tanya betul ke alamat P1 tu, then nasib baik bos ckp alamat tu dah betul, cuma bos aku pon tak tau direction maklumla bukan orang KL gak, so aku minta bos aku pass HP die kat orang P1, biar orang P1 tu sndiri ckp ngan taxi driver aku nih. then tiba2 uncle tu ckp;

uncle taxi: u tgk.. kan I dah kata betul la ini jalan, u punya member ckp beside tamil school.. u c there! tamil school is over there so p1 building is beside the school. haaa u c? u c?
aku : okey got it uncle!
uncle taxi: okey next time if u come here again, remember p1 buidling is beside the tamil school ok...
aku: okey la uncle... thx much!

tbc.....

Tuesday, July 12, 2011

Tidur Terganggu akibat secawan Nescafe....



haihh... baru dan nak buka blog, kerja2 yang menimbun dah pon dapat diselesaikan sedikit demi sedikit, dan disebabkan sedikit masa yang ada ni aku gunakan untuk berblog lagi. Kali ni just nak story skit tentang secawan nescafe yang telah aku minum malam tadi.
Aku ni jarang2 la nak minum minuman sejuk, tapi aku suke sangat minum minuman yang manis2, boleh dikatakan air putih/ air masak tu jarang2 la aku nak teguk. so malam td dengan sengajanya aku meminta adik lelaki aku tapaukan nescafe panas sebab teringin la pulak minum nescafe, nak buat sendiri kat rumah nescafe habis pulak, yang ada cuma teh perisa strawberry & blueberry yang di beri oleh kakak aku masa die ke cameron highland aritu.
dipendekkan cerita, setelah seteguk..dua teguk..tiga teguk aku minum nescafe ni, terasa sangatlah manis cam tertumpah susu. so aku masak air & tambahkan air panas lagi ke dalam nescafe tersebut dgn harapan untuk "kurangkan manis". tetiba.... aikkkk terasa banyak la pulak nescafe ni, tapi rasanya memang perghhh!!!! nikmat habis! aku minum sampai tak ingat dunia.. (mentang2 la alya tidur awal, so boleh la aku lepak2 tengok TV sambil layan nescafe).
dalam pukul 11, disebabkan kebosanan melanda, aku pon bawa alya yang dah terlena ditilam babynya ke bilik tidur. Then konon2nya nak tidur lah...
  • pukul 11.30mlm - aku masih tak tidur.... mungkin sbb masa ni aku tgh fikirkan hubby yang outstation kat KL nun.
  • pukul 12.00mlm - masih tak tidur, dalam kepala ni terfikir2 proposal yang masih KIV kat ofis tu, bukan tak nak buat, dah hantar 3 proposal kat bos, last2 die minta buat satu lagi... (mungkin bagus sgt kot proposal aku nih.... kah3, meninggi diri!).
  • pukul 1.30pg - aik apsal mata aku tak terpejam lagi ni? nak kata aku fikir something, aku rasa aku dah kosongkan fikiran agar boleh tidur dgn aman... tak pa cuba lagi!
  • pukul 2.00pg - pon masih susah nak tidur, si alya dah berdengkur2 tidur, sekali sekala terjaga minta susu sebab diganggu aku yang asik pusing ke kanan & ke kiri akibat tak boleh nak tidur.
  • pukul 3.15pg - eh?? kenapa aku masih berjaga ni, padahal waktu meeting siang td aku ngantuk sangat! owhhh mata tolonglah tidur..... tetiba pula teringat cerita2 yang bukan2... aaarrrgghhhhh pergilah fikiran yang bukan2 ni...
  • pukul 5.07 - alya nangis minta susu lagi, kali ni barulah terasa ngantuk yang amat sangat, tapi bila tengok jam... lahai sedihnya dah pukul 5.07pg jap lagi nak kena bangun mandi pergi keje........ owwwwwhhhhhhhhhhh tidak............ (dalam hati : inilah penangan NESCAFE!!)
  • dan akhirnya ntah bila masa aku tertidur sedar2 je jam berbunyi dah pukul 6.00pg.. - Owwwhhh maaaakkkkkkk saya tak cukup TIDUR............
dan akibat dari semua kejadian di atas, akhirnya aku ke tempat kerja tepat pukul 8.15pg.... apa??? 8.15pg???? memang nak kena tindakan tatatertib la aku nampaknya........ dah la bulan lepas 5 kali datang lewat siap ada 3 hari tak datang kerja sbb MC, surat MC hilang pulak.... aduhhhhh aduhhh duhh duhh duhhh....

**pagi td bagi surat kat BOS... surat apa? surat resign??? hahahhaa bukan laaa... surat TUNJUK SEBAB! nasib baik la BOS aku penyanyang & baik hati orangnya, kalau tak sure die buat dun no je kat surat aku. die just pesan "next time u tulis note kat tepi column kehadiran tu sebab kenapa tak datang or mai lewat, at least u care with that, jangan biarkan kosong sbb itu tandanya u dun care, takpelah surat u ni I terima, next time careful okey !" well Thanks BOS!

Popular Posts