Sunday, November 28, 2010

Detik-detik cemas menyambut kehadiran sang PUTERI... bhg Akhir


20 September 2010, pagi2 buta dalam kol 2 tu aku terjaga, pastu tak boleh nak tdr balik. Tgk kawan2 semua dah tdo siap berbunyi2 lagi. di sebabkan aku tak boleh tdr, aku borak2 la ngan nurse yang shift malam kat situ. soalan yang biasa aku ajukan "dah bape org anak?" pastu diikuti dgn "beranak normal ke" then "sakit tak kak?".... ha3 maklumlah aku kan baru2 nak kenal erti kehidupan sang ibu... nurse tu pon tgk aku lain macam jek, mungkin pada fikiran die aku ni poyo hahahaha.....
dalam kol 7.30 pg tu aku dikejutkan oleh Dr praktikal yg datang nak cek. kalo sorang je tak pe la ni skali datang............ tu dia... smpi 9 orang Dr, kalo termasuk 2 org Dr Pakar so 11 orang la yang berkerumun kat aku. Naik rimas lak elok2 aku sihat jd sakit balik. huhu.... dalam kol 10 pg camtu Dr panggil soh pg bilik scan nak scan baby & nak tgk bukaan. Anggaran berat baby ms tu 3.1kg, bukaan rahim pulak still 3cm. So aku minta nak balik rumah dulu la kalo camtu, tp Dr tu tak bagi pulak, die soh tggu lagi maybe petang nti dah 4cm. hmmmm nak tak nak terpaksa dok lagi la kat spital tu.
Di sebabkan tak boleh balik, aku & member2 yg lain cam biasa la buka kedai kopi.. bergosip smpi tak ingat dunia. Time melawat tghr & petang memang hubby aku datang, kesian pulak kat hubby sbb asik dtg ke spital je tgk istri die tak bersalin2 lagi. Petang tu dlm kol 6.30 Dr panggil lagi nak tgk bukaan rahim. Alhamdulillah, dah terbuka 4cm terus Dr suruh kemas2 n bawa baju baby je untuk masuk dlm labor room. Hubby aku pon excited giler time tu bila tau aku nak dah boleh masuk labor room. tp aku minta hubby balik dulu sbb maybe lambat lagi aku bersalin.
Kol 7.30mlm aku dimasukkan ke labor room. Perasaan aku ms tu 'cuak'... apa lagi bila tgk Dr dah siapkan semua barang2 keperluan die untuk 'keje'kan aku. huhu....... Dekat nak 1/2 jam aku dok labor room tu, barulah sorang nurse ni suruh aku tanggalkan baju semua & pakai baju khas utk bersalin. Baju tu memang sexy giler just tutup depan jek. Aiiiyaaak malu tol la dah la katil aku tu cuma ditutup ngan tirai je, leh nampak jiran2 sebelah.
Dalam kol 9 camtu Dr pecahkan air ketuban, lepas je air ketuban pecah barulah aku rasa sakit nak bersalin. Sakitnya memang tak tertahan, mcm senggugut yang sgt kuat. Masa tu mcm2 aku dgr, ada sorang ibu ni baru lepas bersalin, tp Dr salah jahit pulak, maklumlah Dr pelatih, lelaki pulak tu... hadoooiiiiiii kena buka balik jahitan. Seram dgr bila ibu tu menjerit2 sakit. Nasib baik tak lama tu ada Dr pakar datang uruskan ibu tu, kalo tak, tak taulah mungkin lebih teruk dikejakan ngan Dr pelatih.
Yang aku pulak ms tu sakit dah makin kerap, apa2 pun yg terjadi kat labor room tu aku dah tak ambil pusing lagi, dgr juga ada yang pengsan lah, ada yang kena marah Dr lah. memang keadaan huru hara, kelam kabut, tp pelik sbb xde sorang pon Dr atau nurse yang nak tgk aku ni okey ke tak. di sebabkan sakit yang tak dpt nak dibedung lagi, aku panggil sorang Dr pelatih ni minta die tlg tgk bukaan rahim aku, tapi lepas die cek terus je die blah camtu... hampeh punya Dr. Dalam hati aku menyumpah2 Dr tu dah la aku sakit sgt2 memang rasa nak meneran je time tu, di sebabkan dah tak tertahan lagi, aku jerit je panggil nurse yg kebetulan lalu kat sebelah katil aku.
then terus nurse tu tgk bukaan aku die ckp dah boleh teran sbb dah terbuka semua. Ape lagi tanpa segan silunya aku meneran sambil mendengar arahan dr nurse tu. Alhamdulillah lepas 3 kali aku meneran, baby pon keluar dengan jayanya............. hhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuu dgr tangisan die buat aku nangis... perasaan masa tu hanya ALLAH je yang tau mcmn gembiranya hati aku.
"ALYA BATRISYIA RAMADHANI" kehadiranmu membawa seribu makna & menambah kebahagiaan dalam hidup mama & papa :)

Detik-detik cemas menyambut kehadiran sang PUTERI... bhg 2

aku dapat tgk dari raut wajah suami aku tu begitu excited smpi tak lalu nak makan tghr. Ms kat wad bersalin tu macam2 ragam bakal2 ibu & ibu2. Ada yang dah hampir seminggu di wad bersalin tp masih belum ada tanda2 untuk melahirkan anak. Ada juga yang asik mengerang2 sakit macam dah nak bersalin sgt2, tp bukaan rahim baru 1 cm. Sempat juga lah aku interview beberapa orang senior2 kat situ untuk tanya pengalaman dieorg lahirkan anak, maklumlah bakal ibu cam aku ni mana la tau camne sakit nak bersalin... dan la jgak bergosip.
19 hb September 2010, aku rasa hilang pulak rasa sakit2 yang semalam tu, pagi2 lagi Dr dah mai cek bukaan rahim, nak tgk kot2 la dah smpi masa, dah boleh la masuk labor room. Tgk2 baru terbuka 3cm... ada improvement tu tp tak rasa sakit pulak. tunggu je la lagi, kang kalo dah terbuka 4cm baru leh masuk labor room.
Seperti biasa time lunch my hubby datang jenguk, sebelum tu aku dah pesan kat die tolong bawakan shampoo & sikat rambut sbb aku terlupa nak bawa, tp hampeh die pon terlupa nak bawakan, sbb asik teringat kat bini die je ni. Last2 mandi tak bershampoo & tak bersikat. hahahahaaa.... aku rasa cam kembali sihat pulak dok kat hospital ni.
Petang tu time melawat suami aku tak mai dah tp die fon just to inform yg mak & abah aku sampai kedah esok. Aku pulak dah rasa cam bosan lak dok kat spital ni lama2, so aku ckp kat hubby aku kalo esok tak bersalin juga, aku nak minta permission untuk balik rumah je. Hubby aku pon stuju je la, die soh tanya Dr dulu camne.
Di sebabkan suami aku tak dtg melawat aku, aku pon jalan2 cari member la kat wad ni, sambil2 tu usha2 bilik bersalin nak tgk kot2 ada yang dah bersalin time tu ke... he3... maklumlah excited gak nak tgk baby ms tu. di sebabkan takde siapa2 yang bersalin pada hari tu, aku jalan2 la gi katil member2 sebelah menyebelah ni saja bergosip2 cam biasa... ha3 smpi nurse pon join gosip skali.

Tuesday, November 9, 2010

Detik-detik cemas menyambut kehadiran sang PUTERI... bhg 1

Dah hampir 50 hari aku berpantang kat perak ni, tetiba aku teringat saat2 yang tak dapat aku lupakan semasa menyambut kehadiran cahaya mata pertama aku. Masa tu aku baru je balik dari rumah mak kat kg gajah perak. perjalanan dari perak ke kedah mengambil masa hampir 5 jam. Masa tu merupakan hari raya ke 8 (17/9/2010), selesai je solat jumaat aku terus balik ke Sintok bersama2 suami. Sepanjang perjalanan tu tak banyak R&R yang kami singgah sebab nak cepat sampai takut2 nanti bila start keje hari ahad penat pulak.
Tepat jam 7 malam kami sampai kat rumah. Leganya.... tp aku dah rasa lain macam je time tu mungkin sbb duduk terlalu lama dlm kereta kot. Malam tu sejak masuk tidur kol 11 mlm, aku tak boleh nak lelapkan mata langsung sbb sakit pinggang & perut. Mengiring salah, menegak pon salah n boleh dikata serba serbi tak kenalah. so aku pun kejutkan suami yang sangat lena masa tu. Tp biasalah orang dah lena ni kejut macamana pun susah nak bangun.
Esok paginya 18/9/2010, cepat-cepat aku minta suami hantar aku ke hospital kangar sbb aku dah rasa lain macam. Labor Beg memang sentiasa ada dlm keta so siap2 bawa IC & buku merah je la. Lebih kurang kol 8pg suami hantar aku ke hospital kangar. sampai je kat sana aku terus ke wad bersalin. Masa ni aku tak tau pon prosedur2 nya camne, nak daftar camne, nak rujuk kat sapa pon aku tak tau, pakai redah je pegi kat wad bersalin.
Lebih kurang dalam kol 9 pagi aku diperiksa oleh sorang doktor. lepas die periksa aku, die tinggalkan aku camtu jek... terpinga2 jugakla aku tak tau nak buat pe, last2 aku tggu jela sampai doktor tu dtg balik.
Dalam kol 11pg camtu barula doktor tu dtg balik kat aku, die soh aku ganti baju warna pink (baju untuk pesakit kat hospital). Masa tu aku dah tau la kalo aku ni kena tahan wad. Doktor tu ckp bukaan rahim aku dah 2cm so kena stay la kat hospital, itu pon sbb rumah aku jauh dari hospital. kalo dekat agaknya die dah soh balik je. Lepas dpt tau aku kena tahan wad, suami aku terus ke tempat mendaftar untuk daftarkan nama aku. Lepas daftarkan nama, die terus angkut semua barang2 aku bawa ke wad bersalin.

Popular Posts