Monday, June 29, 2009

KoRea In My HeaRt.... (part 3)


Sesampai je kat bilik hotel (Centum Hotel, Haeundae) aku terus mendaratkan diri atas tilam yang empuk... Uuurggghhh enaknya... meregang2kan otot dan sendi2... perut plak dah lapar giler time tu apa lagi aku terus masak air sambil2 tu mandi2 jap then buat meggi... huhuuhu nasib baik ada bekalan air 3n1 leh la aku menikmati air coklat panas di dalam cuaca yang sejuk tu.... sambil2 makan tu aku, kak husna & wana buat plan nak jalan2 sekeliling centum city. Tgk dari bilik hotel tempat kitaorang tu sayup2 je pemandangan kat bawah, tp memang cantik... pemandangan yg sgt cantik. Bilik hotel pun high class... maunya tak, sehari RM362 tu tak termasuk penggunaan dapur & internet.
Disebabkan keletihan yang teramat sgt, masing2 terlena pas makan.... sedar2 je dah marghrib. Plan nak jalan2 pun terbantut. Agak2 pas marghrib tu kami pun siap2 nak cari barang makanan & phone card kat Tesco Home Plus. Actually kedudukan hotel ni hanya 500 meter sahaja dari Tesco.
Korea ni mengamalkan "eco-friendly" meaning that semua barang2 yang dibeli di Tesco ke di mana2 ke kena bawa beg plastik sendiri konon2 tak nak buat pencemaran la.... tp memang bagus cara ni sbb die dah mula di praktikkan. kalo di Malaysia, mentality masih tak kuat... so bende2 mcm ni belum boleh diamalkan. Di UUM sendiri contohnya, mengamalkan eco-friendly tapi masih ada je yang menggunakan bahan2 plastik, polisterin dsb... so mcmn nak mengamalkan cara hidup yg sihat?
Malam tu tak beli apa2 pun kebayakan makanan berdaging kat situ semuanya daging ba alif ba ya (pork) tu yang isshhhh nak beli apa2 pun tak selera. Ingat leh la nk try susu... tapi alamak ada gambo khinzir plak kat susu tu tgh tayang2 hidung mancung die. Tak jadi beli. akhirnya kami hanya pulang dgn tgn kosong & sakit kaki..sempat gak la aku telefon mak & tunang tersayang. Sebelum tidur malam tu aku check email, mana tau ada kata2 terakhir dari ITU-PNU sebelum berjumpa esok, hmm.. tau2 memang ada pon. Esok 26hb student dari PNU akan jemput we all around 10am. (to be continued...)



No comments:

Post a Comment

Popular Posts