Tuesday, June 30, 2009

KoRea In My HeaRt.... (part 7)


26 Mei - Pagi tu, aku celik lebih awal dari biasa... tak boleh tido sebab teringat nak ke Gukje-Market hari ni. Tak sabar rasanya nak merayap2. Kebetulan hari ni ITU-PNU benarkan kami berjalan sendiri kerana hari esok kami ada trip bersama mereka sehari suntuk. Gukje-market terletak berhampiran dengan Jagalchi Fish market. So kami menaiki subway dari Centum City ke dan transit di Seomyeon, dari Seomyeon kami menaiki subway ke Jagalchi. Sampai di Jagalchi, kami berjalan kaki hampir 500meter barulah sampi di Gukje-market. Gukje-market memang terkenal sebagai sebuah pasar membeli belah dengan harga yang murah. Tapi bagi aku tak delah muraj sgt sbb nilai duit korea lebih besar dari Malaysia. Aku jadi jutawan fakirlah kat sana.... ada banyak benda yang menarik perhatian aku spt baju2... memang murah2 giler... dengan harga Won1000 = RM3 aku dah dapat beli baju kait yang cantik. Tapi aku takdelah boros sgt, cuma beli 3 helai baju yang bagi aku sgt cantik & sikit souvenir. untuk membeli belah dan tawar menawar harga, kami hanya menggunakan calculator sbg alat komunikasi kerana peniaga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Apa yang paling menarik, penduduk di sana sangat ramah & sedia menghulurkan bantuan wlopn cakap mcam ayam & itik. Kalo di beri peluang kedua, memang aku pilih untuk ke korea lagi...
setelah penat berjalan, kaki pun dah macam nak tercabut, aku singgah minum sekejap kat Starbuck dpt cappucino seteguk jadilah.... harga bagi segelas cappucino adalah Won2500 = RM7.50. Dlm kol 5ptg kami pulang semula ke Centum City.
Malam tu memang makan meggi lagi laaaa...... then tdo... (to be continued...)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts