Setiap hari Rabu, after balik je dari ofis, aktiviti yang aku tak pernah miss adalah berkunjung ke Pasar Malam Changlun. Makanan Favorite aku & hubby di PMC ni adalah Nasi Goreng + telur mata kebau & Air Tebu. Setiap minggu makan ni tak jemu2 kenapa ekk??? 1) adalah kerana murah hanya RM2.50 je sebungkus, yang ke 2) sebab masakan enak boleh tahan laaaaa.... Sementara tunggu Encik hubby membeli Ayam goreng kesukaan beliau, aku terpaksa berhimpit2 & kehujanan sambil mendukung si kecil Alya yang berusia 7 bulan tu, then berlari mencari tempat berteduh. Di satu sudut jalan, terdapat makcik menjual air tebu yang biasa kami beli, kira we all ni regular customer la kat situ , so aku dengan tanpa segan silu meminta kebenaran untuk tumpang berteduh di gerai beliau. Berikut adalah dialog antara aku & makcik gerai tu.
Makcik: dik... air tebu dik??
aku : takpalah makcik terima kasih, saya cuma nak tumpang berteduh sekejap boleh ya? (sambil melemparkan senyuman)
Makcik: Ooo... (tanpa membalas senyuman)
tak lama lepas tu, ada sebuah van membawa barangan perniagaan mereka berhenti betul2 didepan gerai makcik jual air tebu tu. Van tu dipandu oleh seorang lelaki dalam lingkungan 20-an dan di dalam van tersebut ada anak & isterinya. Van tersebut berhenti untuk menurunkan barang-barang perniagaan mereka + untuk setup gerai jualan mereka. Di sebelah makcik jual air tebu tu, ada gerai jual buah durian & pastilah buah2 durian tersebut berterabur di bawah bukan di letakkan atas meja untuk memudahkan jualan. Disebabkan kekangan ini, van tersebut memang terpaksa diletakkan SEBENTAR/SEMENTARA/SEKEJAP didepan gerai makcik jual air tebu tu. Tapi apa yang tak disangka-sangka, makcik tu bersikap tidak sopan @ kurang budi bahasa. Berikut adalah dialog makcik tersebut:
Makcik: Oiiii parking blakang la skit, lindung la orang nak m'niaga ni!
disebabkan teguran makcik tersebut isteri pemandu van tu meminta suami beliau mengundurkan van mereka ke belakang.
Isteri pemandu Van: Bang... Bang.. (sambil menepuk bahu suami beliau) undur belakang skit bang, terlindung gerai...
maka, si suami pun mengundurkan van tersebut ke belakang, tetapi hanya beberapa langkah je sebab ada gerai durian di belakang. Then si suami pun memberhentikan van beliau.
Isteri kepada pemandu van itu cuba melemparkan senyuman sambil memohon maaf;
Isteri pemandu Van: Maaf ya (sambil memberi senyuman kepada makcik jual air tebu tersebut)
lalu ini jawapan / balasan makcik air tebu tu;
Makcik : Kalau letak sekejap tak pa, ni bukan tak tau nak letak lama, orang nak berniaga ni.. ingat apa..... blaaa.... blaaa... blaaaa..... (sambil mengomel2 sendirian, mengherdik kepada si pemandu van dan isterinya dengan harapan ngomelannya didengari oleh mereka).
Aku yang dari tadi berteduh di situ terus bertegur sapa dengan isteri pemandu van tu dengan tujuan "tidak mahu endahkan apa yang makcik tu bebelkan" kerana bagi aku, makcik tu tidak sopan dan sungguh biadap!
Ikutkan hati aku tak mau lagi beli air tebu kat situ, tp dalam masa aku berbual2 dengan isteri pemandu van tu, Encik Hubby aku datang & beli 2 bungkus air tebu.... hmmmm dalam hati aku "Rezki kau lah makcik"..... tp sebagai orang Islam, aku tak sampai hati nak aniaya orang lain, apa lagi berlaku kasar & bersikap kurang ajar... hmmm semoga makcik tu di beri hidayah olehNYA.
Sebut pasal Budi Bahasa Budaya Kita ni, Berbudi bahasa bukan bererti kita tunduk dan mengalah tak tentu. Berbudi bahasa bererti kita mengamalkan sifat-sifat murni kemanusiaan sejagat. Ia menunjukkan maruah dan ketamadunan kita. so, orang yang tak berbudi bahasa ni boleh diklasifikasikan sebagai orang yang tidak bertamadunlah... he3.
Dengarlah seruan YAB Perdana Menteri kita terdahulu (Tun Abdullah);
kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan kita akan muncul, jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa
yang berpekerti mulia, berbudi
tinggi dan berbahasa baik
keterbilangan kita akan muncul, jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa
yang berpekerti mulia, berbudi
tinggi dan berbahasa baik
No comments:
Post a Comment