Monday, August 23, 2010
Sekadar Coretan buat Kenangan...
Dah lama aku menyepi dari blog ni, baru semalam aku log in just to say "Selamat Berpuasa" kepada semua". Tapi hari ni aku nak berkongsi cerita skit dengan semua tentang kehidupan aku sepanjang tempoh 'menyepi' dari blog ni. Dalam posting yang lepas2 memang aku ada nyatakan pertunangan aku putus, tp sebenarnya Allah hanya menguji kekuatan dan ketabahan hati aku. Time tu memang sedih sangatlah... mana taknya segala persiapan dah dilakukan, tinggal tunggu hari untuk disatukan je. Alhamdulillah, selang beberapa hari lepas tu, tunang aku call semula minta maaf atas keterlanjuran kata-katanya, untung kedua-dua pihak keluarga masih belum tahu apa yang terjadi. Setelah perbincanagan dilakukan, aku & dia bersetuju untuk meneruskan juga perkahwinan ini dan cuba sedaya upaya untuk membina sebuah keluarga bahagia. InsyaAllah...
Memandangkan dia adalah warganegara Indonesia yang berasal dari Palembang, maka banyak prosedur yang perlu dilakukan sebelum pernikahan dapat dilangsungkan. Hmmm.... memang dugaan sehingga saat2 terakhir bernikah, masih ada dokumen2 yang belum lengkap. Untung juga rumah aku berhampiran dengan Pejabat Agama, jadi ringanlah sikit beban.
Akhirnya tanggal 4 Disember 2009, aku dan dia disatukan dalam majlis yang sederhana di rumahku di Balai Polis, Kg Gajah, Perak. Keluarga dari sebelah pihak lelaki juga turut hadir walaupun jauh. Jutaan terima kasih kepada mama, papa, bude & mbak Ita kerana hadir dalam majlis ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
-
Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian....
No comments:
Post a Comment