Monday, June 20, 2011

Hatyai Vacation

3 Jun baru-baru ni aku, hubby, mom & dad in-law ke hatyai. Sepanjang dieorang berada di Malaysia selama hampir 3 minggu aku tak bawa jalan ke mana-mana pon. Paling jauh ke Alor Star. huhu Kesian... aku memang tersangat-sangatlah sibuk sampai nak kemas rumah pon tak cukup kaki tangan. Terima kasih yang tak terhingga buat mama tercinta kerana sudi membantu menantumu ini untuk berkemas2 rumah & menjaga si kecil Alya Batrisyia.
Disebabkan masa yang sangat tidak mengizinkan untuk aku & hubby bawa mereka jalan jauh2, so we all decided to go for vacation ke Hatyai.
Actually it was not my first time to hatyai and I hope it wont be my last :D, we spent almost 8 hours there. we all park kereta kat "Duty Free" & cater taxi untuk ke Hatyai. Untung masa tu dapat taxi driver yang boleh berbahasa Melayu & Thailand so mudah la skit nak berkomunikasi. Sewa taxi ni RM300 termasuk pemandu sekali untuk tour around Hatyai. Kira okeylah... budget RM400 :p dah boleh jimat Rm100. Kalo bawa keta masuk & tour sendiri lagi2 la jimat. Tapi sebab tak hafal jalan & tak tau nak kemana, tu yang terpaksa sewa taxi.
Hmmm walaupun keluar rumah awal2 pagi, namun dek kerana 3 Jun adalah hari cuti sedunia (school holiday) so kami terpaksa queue panjang & lama untuk cross border. Jenuh jugak la menunggu hampir 1 jam.


Ni masa we all beratur panjang untuk sahkan pasport
Tips: (Masa serahkan pasport tu kena letak duit RM1 untuk setiap 1 pasport, make sure letak duit cukup2 je kalo 4 pasport, selitkan RM4, jangan lebih2 kang die tak pulangkan baki)

Pertama2 sekali after cross the border, kami terus ke Songkhla nak tengok duyung bertenggek kat atas batu di Samila Beach. Samila beach ini juga terdapat beberapa cerita di mana salah satunya mengenai pulau tikus & kucing. Mengikut tour guide kami, pulau tikus & kucing itu terbentuk kerana zaman dulu ada seekor tikus yang memegang sebentuk cincin batu permata yang ajaib, si kucing pula berebut untuk mendapatkan cincin tersebut. sedang mereka berkejar-kejaran, cincin tersebut jatuh ke laut & sumpahan terjadi ke atas si kucing & tikus itu. mereka telah di sumpah menjadi pulau.



Inilah simbol pulau kucing & tikus ye... itu adalah aku yang berada di bawah ketiak papa mertua.. he3



yang ni pula gambar pulau tikus & pulau kucing yang digembar-gemburkan (yang belakang tu tikus, yang depan tu kucing) tak serupa pon kan?? :p

Satu lagi cerita, mengikut lagenda orang thai dulu2, pernah ada orang yang nampak ikan duyung yang sangat cantik sedang duduk di atas batu sambil menyikat rambutnya. Dek kerana legenda dari mulut ke mulut itulah akhirnya ukiran patung "gadis duyung" di buat sebagai petanda.


haa... nampak tak gadis duyung kat blakang aku tu? haaa tula simbol samila beach ni

selepas menghabiskan lebih kurang 1/2 jam kat sini, we all ke Tang Kuan Hill Top pula di mana kita boleh melihat pemandangan samila beach from the top, selain tu keadaan sekeliling pon boleh nampak. Siap ada teropong lagi kat atas tu. Tapi 1 je yang aku tak suka kat situ banyak monyet... bukan tak suka sebab apa, sebab aku takut monyet panjant atas kepala kang buatnye die 'tokak' kepala aku.. haaaa jenuh balik rumah tanpa kepala. (hhuuu merepek je).


ini adalah gambar yang di ambil dari atas tang kuan tu, cantikkan?

yang ini pula adalah kami di atas tang kuan hill

di atas tang kuan hill lagi

Bagi penganut agama buddha, adalah menjadi satu kewajipan untuk mereka singgah di tang kuan hill top ini untuk "sembahyang" dan mengambil keberkatan. Menurut kepercayaan mereka, semakin tinggi tempat "sembahyang" semakin cepatlah doa2 mereka diperkenankan oleh tuhan mereka. Apa yang pasti, adalah tidak wajib untuk aku bergambar dengan patung2 buddha mereka.

TBC...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts