Sunday, June 26, 2011

Bukan mudah membina mahligai

hari ni sengaja aku memilih topik 'Bukan mudah membina mahligai' ini untuk berkongsi pengalaman diri aku sendiri sebagai isteri yang baru mendirikan rumahtangga setahun jagung. Perkahwinan antara aku dan suami adalah atas dasar suka sama suka (pendek kata "bercinta"lah). Kebahagiaan yang aku kecapi bersama suami diserikan lagi dengan kehadiran si puteri kecil Alya Batrisyia Ramadhani 9 bulan yang lalu.

sedikit sejarah tentang perkenalan aku dan suami;

Aku dan suami ditakdirkan bertemu ketika melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti di utara tanahair pd tahun 2004. Perkenalan selama hampir 4 tahun itu telah membawa kami ke jinjang pelamin. Perkahwinan yang pada awalnya hanyalah "angan2" semata2 menjadi kenyataan apabila si suami benar2 nekad untuk memperisterikan aku.

Tanggal 4 Disember 2009, adalah titik tolak perjalanan aku ke alam rumahtangga. Untuk pertamanya setelah sah bergelar isteri, aku sangat2 bahagia, tak perlu berdua2an dengan suami ke shopping mall dalam keadaan takut, malu & segan, tak perlu risau berkongsi makanan di khalayak ramai apalagi berpegangan tangan dikhalayak ramai kerana aku & suami kini adalah pasangan yang sah!! SAH!

Namun aku terlupa.. di saat aku leka bergelar isteri, di saat aku lena disisi sang suami, di saat orang berdoa di atas kebahagiaan rumahtangga kami, di saat itulah aku terlupa TANGGUNGJAWAB yang sebenarnya yang harus dipikul apabila bergelar seorang ISTERI. ya.. tanggungjawab...

Seminggu dua perkahwinan kami memang terasa sangat bahagia, ("bang, hari ni tengok wayang nak?") namun apabila hari2 terpaksa melakukan beban tugas yang sama, hari2 terpaksa laksanakan tanggungjawab yang sama, aku mulai protes! kerana semua ini adalah baru bagi aku... kira macam culture shock la... ini rutin harian aku sewaktu mula2 mendirikan rumahtangga.

PAGI-di RUMAH
  • bangun awal daripada suami
  • panaskan air mandi untuk si suami
  • gosokkan baju kerja buat suami
  • sediakan sarapan untuk suami
WAKTU KERJA- di PEJABAT

  • apa sahaja aktiviti aku, harus dilaporkan pada suami, medium yang sering digunakan adalah "YM". (jimat skit kos topup, kadang2 topup RM10 leh pakai sebulan)
ini belum termasuk tekanan di tempat kerja... (huhu)

PETANG - BALIK KERJA
  • aku harus ke dapur dulu sediakan makanan untuk makan malam buat suami (kadang-kala tak sempat nak buka tudung
  • aku harus kutip pakaian suami untuk di cuci
  • gosok baju kerja (kalau tak sempat,biasanya aku buat pagi2 sebelum pergi kerja)
  • merehatkan badan, tidur & study. (sbb masa tu aku masih belajar ambil master)
  • layan suami dgn sebaiknya.
Kalau dulu aku boleh bersenang lenang enjoy dengan kawan2 ke sana sini tanpa ada halangan (tapi bukan buat kerja-kerja yang laghro ye), tapi apabila bergelar isteri, tentulah segala2nya berubah. Ke mana sahaja aku pergi harus dengan izin suami atau bersama2 suami, apalagi bila di sahkan hamil dalam jangkamasa tak sampai 2 bulan berkahwin, tentulah banyak aktiviti terbantut... tak sempat honeymoon pon... awwawwww...

Di sebabkan "tanggungjawab" itu aku rasakan sebagai "beban", maka sedikit sebanyak aku hilang sabar dengan kerenah suami yang seringkali memberikan arahan itu ini yang kadang kala terdetik di hati "ishhhh tak boleh buat sendiri ke??, semua nak aku yang buatkan!" & tentulah setiap arahan si suami, aku harus PATUH! kalo tak patuh, jatuh hukum nusyuz pulak. Nak dijadikan cerita, aku mula pandai meninggikan suara dengan suami, ("Oooo, kalo abang boleh, kenapa saya tak boleh pulak?") aku juga pandai ingkar perintah suami & abaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga, ("aaahhhh kain baju abang tu basuhlah sendiri, hari ni saya penat,?") dan yang selalu aku buat adalah MEMBEBEL pada suami ("tengok tu dah balik keje setokin campak merata-rata, esok2 kalo nak pakai lagi dah hilang ntah ke mana, beg keje tu campak sesuka hati je nak kata balik rumah buat keje tak jugak, camtu letak je la kat ofis bla..bla..bla.. ") (Masya-Allah)... ini kerana ada2 je yang tak kena di mata aku & aku seringkali keletihan... maklumlah berbadan dua ketika itu. Selera makan pon jadi tak menentu, untung je tak muntah2 & mabuk.

Sepanjang 3 bulan pertama perkahwinan, memang sangat menguji kesabaran, memang kami banyak bertekak pada masa tu, masing2 nak menang tapi bersyukur kepada Allah kerana rumahtangga kami masih boleh diselamatkan, untung si suami yang aku nikahi ini adalah seorang yang penyabar lah juga dengan kerenah aku walaupun pada hakikatnya dia adalah seorang yang panas baran & muda 2 tahun dari aku, silap2 haribulan mau die tempelang aku kaw! kaw! punyer... keh3. Setelah di tazkirah dengan kawan-kawan yang terhampir dengan aku, & atas inisiatif aku sendiri untuk baiki keadaan, aku mula merenung kembali tujuan perkahwinan... kenapa aku berkahwin kalo perkahwinan yang aku bina adalah untuk mengingkari perintah suamiku? Akhirnya aku belajar untuk menghormati suami & menghormati hak masing2. Bagi aku, "AKAN ADA GANJARAN DARI ALLAH UNTUK PARA ISTERI YANG PATUH PADA SUAMINYA".

dan sekarang, aku lebih banyak bersabar & jalani tugas aku sebagai isteri, ibu & pekerja dengan lebih baik & ikhlas... sometimes memang membebel jugak kalo memang dah sah si suami melakukan kesilapan, sebab kalo setakat teguran je, takkan masuk telinga punya dia tu... kan encik suami?? hahahahaaaa.........

Aku suka memperingati diri aku sendiri dan teman-teman yang lain tentang 14 perkara di bawah ni:-

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim). - Insya-Allah aku sentiasa berusaha untuk menjadi wanita solehah :)

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim) - percaya tak? aku tak pakai minyak wangi even ke tempat kerja, kecuali bersama suami?? he3 nasib badan tak berbau cam sampah. Tapi kalo ke majlis2 biasanya aku akan pakai sedikit wangi2an sebab tempat majlis adalah tempat yang sesak, nanti orang kutuk suami aku pulak "isssshh bini siapa bau busuk ni?".

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu beruntung. - Kata suami, dia kahwini aku sebab agama, walaupon aku tau bukan sebab tu, sebab yang utama adalah kerana aku ni sedap mata memandang... bukan bangga ngan diri sendiri, tp sbb aku rasa aku sendiri tak kuat iman & ibadah aku juga tak kental!, masa si suami boleh kata camtu? huhu

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana
pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik). - yang ni paling aku suka..... Insya-Allah aku sentiasa berusaha ke arah ini.

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk
suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat,
tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi) - Ya Allah jauhkanlah aku dari hal ini, kadang2 kalo aku dok rumah tapi make up cantik2, suami aku selalu cakap camni "eh! cantik2 ni nak ke mana?" bila die cakap camni, tu yang aku jadi malu tu. Percayalah aku gi keje pon tak make up over sangat, just pakai foundation, bedak alas, lipstick (kalau ingat) & eye liner (kalau rajin).

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan). - yang ni masa time gaduh2 terfikir gak nak lari dari rumah, tapi.... setakat ni masih kuat iman lagi.....

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya
selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya). -AMIN, semoga aku adalah salah seorang daripadanya.

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari
bakaran api neraka. - apalagi kalo yang terpercik minyak panas kan? subhanallah...

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka
Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh
ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian
dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya. - Yang ni pon aku nak rebut jugak!

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut
dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim. - walaupun aku jarang2 buat, tapi sekurang2nya aku pernah buat... he3, insya-Allah...

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya
selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada
malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu
kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. - Alhamdulillah...

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil). - Alhamdulillah...

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti
keadaan ibunya melahirkannya. - Alhamdulillah...

semoga aku akan menjadi seorang isteri yang solehah & sentiasa taat pada Allah & suamiku. AMIN...

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

Popular Posts