Wednesday, September 1, 2010
Kek Coklat Kukus - Juadah Berbuka Puasa
Semalam aku & hubby di ajak berbuka puasa di rumah Opah keluarga angkat hubby yang terletak di Kg Jerlun, Kedah. Nak pegi rumah orang ni tak sedap hati pulak kalo dengan tangan kosong. Jadi aku decided nak bawa skit buah tangan. Tengah dok fikir-fikir tu teringat pulak resepi kek coklat kukus yg aku download dari internet baru-baru ni. So dalam kol 1.30tghr camtu, aku ajak hubby ke pekan Changlun jap cari bahan-bahan untuk buat kek. Dari bahan-bahan asas sehinggalah ke periuk belanga semua aku beli. Dalam kol 3 ptg camtu after solat zuhur baru aku mulakan operasi membuat adunan kek coklat ni. Adunannya sedikit berbeza setelah meminta pandangan dari mak mertua :). Dalam kol 6ptg camtu barulah siap segala2nya. Dari sintok ke Kg Jerlun tu bukan dekat, so kami bertolak dari rumah dalam kol 6.15ptg. Sampai kat sana waktu dah hampir masuk waktu berbuka dalam kol 7.15mlm. Setelah masuk waktu berbuka dalam kol 7.30mlm tu juadah yang pertama skali aku makan ialah kek coklat kukus yang aku buat hehehehe..... maklumlah kali pertama buat kek adunan sendiri, just nak pastikan kek tu sedap (supaya tak malu bagi kat orang). Nyum2... sedap juga kek buatan sendiri ni, hubby pon suka katanya boleh buat lagi nanti. Opah pon minta resepinya sbb katanya selalu die buat kek kukus tak pernah menjadi. So aku tak segan silu la bagi resepi ni.
Resepi Kek Coklat Kukus:
Bahan A
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan susu cair
1/2 Cawan susu pekat manis
1 Cawan gula kastor
1 Cawan minyak masak (alternatif boleh pakai mentega then panaskan, ambil minyaknya)
Bahan B
1 1/4 Cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
Bahan C
Telur 3 biji gred A (4 biji untuk lain2 gred)
Cara-Caranya:
1) Masukkan Bahan A ke dalam periuk, then panaskan sehingga adunan sebati, kemudian tutup api dan sejukkan sebentar.
2) Ayak bahan B menjadi 1 adunan.
3) Pukul telur sehingga kembang, masukkan ke dalam adunan Bahan A, gaul rata dan masukkan Bahan B sedikit demi sedikit.
4) Setelah digaul, tuangkan dalam acuan (jangan sampai penuh sbb kek akan naik)
5) Tutup acuan dengan aluminium foil (supaya air kukusan tidak masuk ke dalam acuan), kukus selama 1 jam atau sehingga kek betul2 masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Agaknya macam ni lah perasaan & saat yang dinanti-nantikan oleh semua ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka. Ras...
-
Semalam after balik je dari ofis, mama & papa bawa Alya ke Klinik Dr. Noriah, Jitra sebab Ibu cakap kemungkinan Alya demam campak, sebab...
-
aku dapat tgk dari raut wajah suami aku tu begitu excited smpi tak lalu nak makan tghr. Ms kat wad bersalin tu macam2 ragam bakal2 ibu &...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...