Allah telah memberikan aku segala2nya yang aku inginkan di dunia ini, ibu bapa, adik-beradik, suami, anak, tempat tinggal, kenderaan, pekerjaan, lalu apa lagi yang menyebabkan aku kurang bersyukur?? hanya kerana masa lalu?? matilah aku dlm kejahilan disebabkan masa lalu!! ya Allah kuatkan iman ini, bersihkanlah jiwa ini & ampunilah dosa2 hambaMu yang khilaf ini.
Ya Allah aku juga seorang manusia, insan, wanita & isteri biasa kepada seorang manusia biasa yang bernama suami, dialah juga Imamku!. Akan tetapi diri ini sering kali mencari2 kesalahan suamiku sedangkan suamiku bertungkus-lumus membina masjid dalam jalannya untuk membahagiakanku & mencari keredhaanmu. Ya Allah kenapa hatiku dibutakan olehmu sedangkan mataku tidak mampu untuk memandang segala kebaikan yang telah dilakukan oleh suamiku?
Kenapa diri ini sering memandang hina kepada suamiku sedangkan aku lebih hina dari dirinya? dimanakah kau letakkan nikmat syukur terhadapku ya Allah... jangan kau hapuskan nikmat syukur itu daripadaku. Aku ingin sekali mengucapkan syukur atas apa yang telah ku peroleh kini. Namun tiada apa yang dapat mengerakkan hati ini untuk ikhlas & memanjatkan kesyukuran di atas keberadaan suamiku disisiku. Ya Allah, berilah aku petunjukmu & gerakkanlah hati ini agar aku juga bisa memanjatkan kesyukuran dan ikhlas terhadap suamiku.
ya Allah sewaktu aku masih belum bersuami, aku seringkali berangan-angan untuk memuliakan suamiku, menjaganya dengan penuh kasih sayang & keikhlasan seperti kisah Muti'ah pada zaman Rasulullah.
Ya Allah hapuskanlah segala dendam, benci & iri terhadap suamiku dihati ini. Musnahkanlah ingatan ini dari kisah silam yang tak mungkin kembali lagi. Jauhkanlah aku dari api neraka dek kerana kejahilanku ini. Jernihkanlah & sucikanlah hatiku agar aku juga bisa menjadi seorang isteri yang taat kepada suamiku.
Untuk suamiku, andai ada ketikanya isterimu ini enggan mengikut perintahmu & mengabaikan tanggungjawab terhadap rumahtangga, maafkanlah isterimu ini kerana jahil & zalim terhadapmu, namun isterimu ini akan sentiasa berdoa dan berusaha untuk tidak menghampakan harapanmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
* Gambar sekadar hiasan (di ambil dr blog http://mus-ahmadblog.blogspot.com) Setiap hari Rabu, after balik je dari ofis, aktiviti yang aku t...
-
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu & beramal lagi dibulan paling Mulia di antara semua bulan iaitu bul...
-
Hmm what can I say about this movie? Honestly, I expect more from this movie. I'm quite frustrated overall. It seem like they forgot to ...
-
nasiha photomama: FAMILY : ":: Family Potraiture :: WAHYU + EIRA = ALYA RAMADHANI Ahhh the lovely family! I love Alya's smile. Wa...
-
aku dapat tgk dari raut wajah suami aku tu begitu excited smpi tak lalu nak makan tghr. Ms kat wad bersalin tu macam2 ragam bakal2 ibu &...
-
27Mei - Seperti biasa aku akan bangun awal untuk menyiapkan diri & bersarapan sebelum memulakan perjalanan. Aku difahamkan, dari centum ...
-
Dah hampir 50 hari aku berpantang kat perak ni, tetiba aku teringat saat2 yang tak dapat aku lupakan semasa menyambut kehadiran cahaya mata ...
-
Hi... just nak story skit tentang minat baru yang memang baru je jumpa he3, yesterday I saw an interesting blog post in internet that inspir...
-
14 Julai baru2 ni aku ke KL untuk menghadiri meeting bersama packet 1 di Office Packet 1, Petaling Jaya. Kebetulan hubby pun ke KL since 11 ...

No comments:
Post a Comment