Sunday, November 28, 2010
Detik-detik cemas menyambut kehadiran sang PUTERI... bhg Akhir
20 September 2010, pagi2 buta dalam kol 2 tu aku terjaga, pastu tak boleh nak tdr balik. Tgk kawan2 semua dah tdo siap berbunyi2 lagi. di sebabkan aku tak boleh tdr, aku borak2 la ngan nurse yang shift malam kat situ. soalan yang biasa aku ajukan "dah bape org anak?" pastu diikuti dgn "beranak normal ke" then "sakit tak kak?".... ha3 maklumlah aku kan baru2 nak kenal erti kehidupan sang ibu... nurse tu pon tgk aku lain macam jek, mungkin pada fikiran die aku ni poyo hahahaha.....
dalam kol 7.30 pg tu aku dikejutkan oleh Dr praktikal yg datang nak cek. kalo sorang je tak pe la ni skali datang............ tu dia... smpi 9 orang Dr, kalo termasuk 2 org Dr Pakar so 11 orang la yang berkerumun kat aku. Naik rimas lak elok2 aku sihat jd sakit balik. huhu.... dalam kol 10 pg camtu Dr panggil soh pg bilik scan nak scan baby & nak tgk bukaan. Anggaran berat baby ms tu 3.1kg, bukaan rahim pulak still 3cm. So aku minta nak balik rumah dulu la kalo camtu, tp Dr tu tak bagi pulak, die soh tggu lagi maybe petang nti dah 4cm. hmmmm nak tak nak terpaksa dok lagi la kat spital tu.
Di sebabkan tak boleh balik, aku & member2 yg lain cam biasa la buka kedai kopi.. bergosip smpi tak ingat dunia. Time melawat tghr & petang memang hubby aku datang, kesian pulak kat hubby sbb asik dtg ke spital je tgk istri die tak bersalin2 lagi. Petang tu dlm kol 6.30 Dr panggil lagi nak tgk bukaan rahim. Alhamdulillah, dah terbuka 4cm terus Dr suruh kemas2 n bawa baju baby je untuk masuk dlm labor room. Hubby aku pon excited giler time tu bila tau aku nak dah boleh masuk labor room. tp aku minta hubby balik dulu sbb maybe lambat lagi aku bersalin.
Kol 7.30mlm aku dimasukkan ke labor room. Perasaan aku ms tu 'cuak'... apa lagi bila tgk Dr dah siapkan semua barang2 keperluan die untuk 'keje'kan aku. huhu....... Dekat nak 1/2 jam aku dok labor room tu, barulah sorang nurse ni suruh aku tanggalkan baju semua & pakai baju khas utk bersalin. Baju tu memang sexy giler just tutup depan jek. Aiiiyaaak malu tol la dah la katil aku tu cuma ditutup ngan tirai je, leh nampak jiran2 sebelah.
Dalam kol 9 camtu Dr pecahkan air ketuban, lepas je air ketuban pecah barulah aku rasa sakit nak bersalin. Sakitnya memang tak tertahan, mcm senggugut yang sgt kuat. Masa tu mcm2 aku dgr, ada sorang ibu ni baru lepas bersalin, tp Dr salah jahit pulak, maklumlah Dr pelatih, lelaki pulak tu... hadoooiiiiiii kena buka balik jahitan. Seram dgr bila ibu tu menjerit2 sakit. Nasib baik tak lama tu ada Dr pakar datang uruskan ibu tu, kalo tak, tak taulah mungkin lebih teruk dikejakan ngan Dr pelatih.
Yang aku pulak ms tu sakit dah makin kerap, apa2 pun yg terjadi kat labor room tu aku dah tak ambil pusing lagi, dgr juga ada yang pengsan lah, ada yang kena marah Dr lah. memang keadaan huru hara, kelam kabut, tp pelik sbb xde sorang pon Dr atau nurse yang nak tgk aku ni okey ke tak. di sebabkan sakit yang tak dpt nak dibedung lagi, aku panggil sorang Dr pelatih ni minta die tlg tgk bukaan rahim aku, tapi lepas die cek terus je die blah camtu... hampeh punya Dr. Dalam hati aku menyumpah2 Dr tu dah la aku sakit sgt2 memang rasa nak meneran je time tu, di sebabkan dah tak tertahan lagi, aku jerit je panggil nurse yg kebetulan lalu kat sebelah katil aku.
then terus nurse tu tgk bukaan aku die ckp dah boleh teran sbb dah terbuka semua. Ape lagi tanpa segan silunya aku meneran sambil mendengar arahan dr nurse tu. Alhamdulillah lepas 3 kali aku meneran, baby pon keluar dengan jayanya............. hhhhhhhhhhhhuuuuuuuuuu dgr tangisan die buat aku nangis... perasaan masa tu hanya ALLAH je yang tau mcmn gembiranya hati aku.
"ALYA BATRISYIA RAMADHANI" kehadiranmu membawa seribu makna & menambah kebahagiaan dalam hidup mama & papa :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Dah lama aku menyepi dari blog ni, baru semalam aku log in just to say "Selamat Berpuasa" kepada semua". Tapi hari ni aku nak...
-
20 September 2010, pagi2 buta dalam kol 2 tu aku terjaga, pastu tak boleh nak tdr balik. Tgk kawan2 semua dah tdo siap berbunyi2 lagi. di se...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
No comments:
Post a Comment