Tuesday, May 10, 2011
Misi mencari daun Mambu
BOS : aik nak ke mana ni?
me : Saya nak cari daun mambu kejap Dr. (sambil tersenyum2 kambing)
BOS : Daun mambu? kenapa anak u sakit ke?
me : Ha ah demam campak.
BOS : Owwhhh tu yang siap bawa pisau skali tu? (sambil memandang kepada Kak Ani) di Kolej Maybank ada banyak try cari kat sana.
Kak Ani: ha ah... (sambil tersenyum2)
BOS : Era nanti u bagi anak u minum ayaq nyioq sbb anak I dulu demam campak, I bagi ayaq nyioq & sup ayam.. elok biar campak die keluar habis. kalau tak keluar habis takut jadi kayap pulak.
me : Owwhh okey, sup ayam tu nak letak garam skit ke? (saja tanya sbb petua Encik safar x yah letak)
BOS : letak la skit bagi buat rasa2.
me : Owwwhh okey Dr, kami pegi sat no...
Misi pertama bergerak ke kolej Maybank dengan menaiki kereta Viva AGUXXXX kepunyaan cik Aswa. Nak kenal pokok mambu ni bukan la senang, sebab terdapat banyak pokok yang seakan2 sama dengan pokok mambu ni. Kak Ani selaku pengecam amatur mengesahkan bahawa tiada pokok mambu kelihatan di kolej Maybank tersebut.
Seterusnya Misi Kedua kami bergerak menuju ke Bukit Tangga melalui jalan belakang Kolej TM. Masih lagi tiada tanda2 terdapat pokok mambu di situ. Maka 1 keputusan telah di buat iaitu bertanya ke Pak Guard yang menjaga pintu UUM arah bukit tangga (kampung kak Ani), kerana kami berpegang kepada kata-kata "Malu bertanya sesat jalan".
Berikut adalah gambar pisau yang digunakan untuk memotong daun mambu tersebut.
Kak Ani : Pakcik, nak tumpang tanya ni, ada tak pokok mambu sekitar sini?
Pak Guard : Pokok mambu? kenapa ada budak sakit ke?
me : Ha ah, anak yang sakit.
Pak Guard : Pokok mambu banyak kat UUM ni. Kat Mall ada. Pegi masuk kat tempat parking mall tu, turun kat bawah tu ada 1 pokok mambu.
me : Owwhh pokok die rendang2 je ek?
Pak Guard : Taklah pokok die tinggi.
Kak Ani : Ha? macam mana nak ambil? (ni kena ajak sapaq mai panjat pokok ni)
Pak Guard : eh boleh.... cari dahan yang rendah, senang ambil.
Kak Ani : Owhh okeylah pakcik, terima kasih no.
Pak Guard : Baik...... carilah kat mall tu senang.
Di sebabkan Kak Ani yakin pokok mambu tu banyak di sekitar kawasan tasik kolej sime darby, yang dulunya dikenali sebagai tasik Guthrie, beliau tetap bertegas dengan pendirian beliau untuk mencari pokok mambu tersebut di sekitar kawasan yang disebutkan. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan kegiatan beliau yang seringkali ke tasik sime darby tersebut untuk berjogging setiap petang. Maka sekali lagi keputusan di buat, kali ini ke Tasik.
Misi Ketiga, bergerak ke Tasik Sime Darby. Tasik kelihatan kering kerana kerja2 pembersihan tasik sedang giat dijalankan. Teringat masa zaman bercinta dulu memang tasik ini lah menjadi saksi cinta aku dan dia (perghhh ayat tak boleh blah!). Berbalik kepada misi td, setibanya di lokasi yang ditunjukkan oleh Kak Ani, maka terdapat banyak pokok yang we all assume itulah pokoknya. Kak Ani turut yakin bahawa ya... inilah pokok mambu itu. Setelah di amati betul2, dan disangkal oleh cik Aswa, kak Ani jadi tidak yakin dengan pokok yang baru sahaja ditunjukkan oleh beliau tu. tetapi aku memberi cadangan agar patahkan skit beberapa dahan pokok ini untuk di compare dengan pokok2 yang seakan2 pokok mambu di tempat lain.
So, gambar ini diambil sebagai bukti kot2lah kami silap petik daun.
Disebabkan tidak berapa yakin bahawa pokok@daun ini dalah hak milik empunya nama "mambu", maka kami pon membuat 1 lagi keputusan untuk ke mall seperti yang dikatakan oleh Pak Guard tadi.
Misi Keempat bergerak ke mall. dengan berbekalkan sedikit informasi daripada pak guard tadi, kami menuju ke mall dan ke parking lot yang betul2 terletak di belakang mall, sambil2 tu sempat juga kami berborak2;
Aswa : Kak Eira apsal tak tanya Dr Chek, mesti die tau daun mambu tu camne.
me : Alah.. terlupa la pulak nak tanya kat die.
Aswa : Kang kalo kita ambil ni sure die cakap "Awat hampa tak tanya saya?"
me : haa3... "kat blakang rumah saya banyak" (sambil mengajuk & guest apa yang bakal Dr Chek katakan).
Kak Ani : "Lain kali tanya la saya dulu".. (Kak ani menyambung sambil mengajuk Dr Chek)
me : Ala tak palah kita cari dulu, then baru tanya die betul ke daun yang kita ambil ni daun mambu.
Aswa : Sure kalo daun ni daun mambu, mesti die cakap camtu.
me & Kak Ani : he3
Setibanya di sana kelihatan ada sebatang pokok yang agak rendang, tetapi kami tetap tidak yakin bahawa pokok itu adalah pokok mambu kerana daunnya sama dengan daun yang dipetik oleh kak Ani. Dengan beranggapan bahawa mungkin kami telah tersalah direction, atau lost direction seterusnya kami mencari parking lot yang berhampiran dengan mall tersebut. Mengikut kata2 pak guard tersebut, pokok tu cuma ada 1 dan tinggi.... tetapi apa yang kami lihat, memang ada pokok yang tinggi dan besar di parking lot tersebut tetapi bukan sebatang, ada 3 batang pokok. Agak confuse juga apabila daun pokok2 tersebut menyerupai daun yang dipetik oleh kak Ani, cuma alur uratnya agak "Senget" dan daunnya lebih kecil.
Aswa : Haaaa........ inilah pokok mambu, betul tak kak Ani.
Kak Ani : Haaa... inilah die, yang kita ambil td tu bukan daun mambu. (dengan pantas dan yakin kak Ani mengiyakan).
me : hehehe... kalo tanya I, I tak tau... tengok dalam ternet td pokok die kecik je. heeee (sambil tersengeh cam kera busuk)
Kak Ani : I memang yakin nilah daun mambu.. hmm ya lah U ni memang daun mambu, dulu kat rumah I pon ada tapi skrg dah lupa rupa die, tak silap memang nilah rupa die.
Aswa : kalo camtu kita ambil jelah kak Ani.
me : besarnya pokok ni tinggi pulak tu camne nak ambil ni.
Aswa : hmmm sat... (sambil mengambil ranting yang agak panjang & cuma mengait dahan2 yang agak rendah untuk diranggah).
inilah cara mereka meranggah daun mambu tersebut
dengan ketinggian 167cm Aswa dengan jayanya dapat mencapai salah satu dahan tersebut dibantu oleh kak Ani yang hanya mempunyai ketinggian 152cm. Siap kena ngurat lagi ngan bebudak student lelaki. kalau la bebudak ni tau yang kak ani & aswa ni staf UUM, mesti dieorag tak berani ngurat ha3. ermmm aku yang ketinggian 160cm ni tak masuk dalam gambar ni & tak membantu memetik sbb sibuk mengumpul dahan yang dipetik & sibuk ambil gambar untuk dimasukkan dlm blog aku nih... keh3.
Dengan penuh semangat kami membawa pulang daun2 yang dipetik td ke ofis. Sesampai je di Ofis, terus kami menuju ke bilik Dr Chek, seperti yang di Jangka:...
me : Salam Dr Chek, nak tanya skit ni, ni daun mambu ka? (sambil menunjukkan daun mambu tersebut).
Dr Chek : Ha ah.. ni daun mambu awat?
Aswa : takdelah we all confuse yang mana 1 daun mambu, ada yang satu lagi ni, ingat yang ni...
Dr Chek : Nak buat apa daun mambu ni?
me : anak saya demam campak, so nak mandikan ngan daun mambu ni.
Dr Chek : Laaaa.... awat tak habaq?
me : Aswa.... betul la apa yang kita cakap td, mesti ayat ni yang Dr Chek tanya.
Aswa : kan?? kan? agak dah Dr ni.
Dr Chek : Awat?? blakang rumah saya ada banyak daun ni.
me : see?? betul kan aswa (sambil ketawa).
Aswa : ha ah....(sambil ketawa)
Dr Chek : Awat? ketawa kenapa?
me : takde, td masa ambil daun ni, aswa tanya saya kenapa tak tanya Dr Chek dulu, then we all try guess apa yang akan Dr cakap nanti kalo we all bawa daun ni.
Dr Chek : heeee3
After jumpa Dr Chek, we all pon masuk semula dalam kandang (bilik) kitaorang & duduk diam di cube masing2. tak lama lepas tu, Dr Chek pulak masuk ke bilik kami:
Dr Chek : awat hampa tak habaq nak cari daun ni? kat blakang rumah saya banyak.
me : laaaa.... sambung lagi? bukan tak nak habaq Dr, cuma terlupa.... kalut sbb nak cari cepat.
Dr Chek : abis tu hampa ambil kat mana ni?
me : kat mall je, tanya kat pak guard.
Bawah ni adalah insan yang bernama Dr Chek he3..
haaa.. yang ni pulak gambar daun mambu yang betul punyer ya...
My Lil Princess DEMAM CAMPAK daaaa....
Baby measles, or roseola, is caused by a different virus and is very common in children from six to 24 months of age. (It's rare before four months and after four years.) Children who have baby measles may have very high fevers but are surprisingly well and active, although their appetite may be down. The rash doesn't appear until the fever goes down and it's then that your child gets cranky.
It's hard to diagnose roseola before the rash comes out; swollen glands on the back of the head near the nape of the neck give one clue. Unfortunately, many kids are given antibiotics unnecessarily just to treat the fever. Then, when the rash appears, it looks like there's an allergy to the antibiotic. Children should not be given antibiotics unless we know what we are treating. The exception is in very young infants under three to four months, and only after tests are done and the child has been closely followed.
petikan dari http://www.todaysparent.com
Kali ni dugaan menimpa lagi apabila Alya dijangkiti demam campak di usianya yang baru je masuk 7 bulan. Owwhhhh anak, kesian mama tengok keadaan kamu. Mama & Papa akan usaha yang terbaik buatmu.
Melihat Alya yang sangat manja ketika sakit memang membuatkan hati mama & papa jadi sayu & berat nak pergi kerja. Jangan risau nak, hari ni mama tak dapat nak ambil cuti sebab ada meeting penting. Esok mama confirm cuti sayang, mama akan jaga Alya baik2. Tadi malam papa telefon bude Diah minta saran "How to Treat Measles", untung punya bude Doctor. Bude saran supaya makan ubat Brufen (Ibuprofen) tu je & jangan ambil antibiotik kerana boleh memudaratkan. Uti pula saran supaya Alya mandi dengan air daun teh. Tapi bagi mama nak cari daun teh tu di Kedah ni kat manalah boleh dapat. so, mama telefon opah, tanya kot2 ada petua lain bagi legakan demam campak Alya. then opah cakap, mandikan Alya dengan air daun mambu. Adoiii lagi2 la mama tak tau ape ke jenis daunnya tu. so mama try to google it, & jumpa gambar ni, actually ni gambar pokok die, kata auntie Ani (office-mate) mama, pokok ni banyak di tanam kat UUM ni... petang ni mama cari ya sayang.... mama tanya2 juga petua-petua dari kawan2 so berikut adalah petua tradisional untuk legakan demam campak yang boleh dicuba:
1) Daun Mambu ke bambu ke entah ape ke nama saintifik die tu, tp gambar cam yang ditunjukkan kat atas tu, then di blend & dicampurkan dengan bedak sejuk. Pastu lumurkan diseluruh badan.
2) Minum sup ayam, cari ayam kampung then rebus tanpa garam, just masukkan 2 ulas bawang putih.
3) Minum 1-2 sudu air kelapa pior punya sehari sekali, jangan letak gula atau bahan2 lain.
4) Mandikan dengan air suam yang dicampur dengan daun mambu/bambu or whatsoever tu. Jangan mandikan dengan air sabun.
setakat ni mama cuma bagi Alya minum air kelapa je yang lain2 belum buat sebab baru je mengumpulkan petua-petua ni, Okey boleh dicuba nanti..... tak sabar nak tengok Alya sihat sepenuhnya & boleh main2 lagi ngan mama papa. Kalau dah betul2 sihat nanti, papa & mama cadang nak bawa Alya jalan2 ke Hatyai sama uti & akung sebab uti & akung nak ke Malaysia Khamis ni tengok cucu ke-6 die, so nanti kita boleh la jalan2 ke Thailand pulak. tak sabar nak tengok Alya sihat..... Ya ALLAH ya Tuhanku, sembuhkanlah Alya Batrisyia Ramadhani Binti Ade Wahyu Ramadhani dari sakit yang dihidapinya ketika ini. Berilah dia kesihatan yang baik & tabahkanlah hati kami menerima ujian dariMU... Amin..Amin Ya Robbalalamin...
Monday, May 9, 2011
My Lil Princess DEMAM....
Kesian papa juga terpaksa ambil cuti sebab jaga Alya semalam. Mama pon jadi tak lalu nak buat kerja bila fikirkan anak mama tak sihat. Kalau tak kerana mama ada meeting penting 2 hari ni, mama dah ambil cuti untuk jaga Alya. Hari ni terpaksa mama tinggalkan Alya dengan Ibu. Mama percaya Ibu lebih arif jaga baby macam Alya. Tapi berat sungguh hati mama untuk pergi kerja hari ni nak.... waktu ni pun mama masih ingat Alya.
Pagi tadi masa mama tinggalkan Alya dengan Ibu, Alya nangis tak nak dengan Ibu... Alya tarik baju mama & nak ikut mama kerja.... aduh nak.... sayu hati mama tengok Alya macam tu. Tapi sabar ya sayang, petang ni mama balik mama dakap Alya puas2. Mama pun tak sabar nak balik tengok anak mama yang sedang sakit. Ya ALLAH ya Tuhanku, berilah kesihatan yang baik untuk anak kesayanganku Alya Batrisyia Ramadhani Binti Ade Wahyu Ramadhani ini. Sembuhkanlah penyakitnya Ya Allah.....
Thursday, May 5, 2011
Budi Bahasa Budaya Kita....
Setiap hari Rabu, after balik je dari ofis, aktiviti yang aku tak pernah miss adalah berkunjung ke Pasar Malam Changlun. Makanan Favorite aku & hubby di PMC ni adalah Nasi Goreng + telur mata kebau & Air Tebu. Setiap minggu makan ni tak jemu2 kenapa ekk??? 1) adalah kerana murah hanya RM2.50 je sebungkus, yang ke 2) sebab masakan enak boleh tahan laaaaa.... Sementara tunggu Encik hubby membeli Ayam goreng kesukaan beliau, aku terpaksa berhimpit2 & kehujanan sambil mendukung si kecil Alya yang berusia 7 bulan tu, then berlari mencari tempat berteduh. Di satu sudut jalan, terdapat makcik menjual air tebu yang biasa kami beli, kira we all ni regular customer la kat situ , so aku dengan tanpa segan silu meminta kebenaran untuk tumpang berteduh di gerai beliau. Berikut adalah dialog antara aku & makcik gerai tu.
Makcik: dik... air tebu dik??
aku : takpalah makcik terima kasih, saya cuma nak tumpang berteduh sekejap boleh ya? (sambil melemparkan senyuman)
Makcik: Ooo... (tanpa membalas senyuman)
tak lama lepas tu, ada sebuah van membawa barangan perniagaan mereka berhenti betul2 didepan gerai makcik jual air tebu tu. Van tu dipandu oleh seorang lelaki dalam lingkungan 20-an dan di dalam van tersebut ada anak & isterinya. Van tersebut berhenti untuk menurunkan barang-barang perniagaan mereka + untuk setup gerai jualan mereka. Di sebelah makcik jual air tebu tu, ada gerai jual buah durian & pastilah buah2 durian tersebut berterabur di bawah bukan di letakkan atas meja untuk memudahkan jualan. Disebabkan kekangan ini, van tersebut memang terpaksa diletakkan SEBENTAR/SEMENTARA/SEKEJAP didepan gerai makcik jual air tebu tu. Tapi apa yang tak disangka-sangka, makcik tu bersikap tidak sopan @ kurang budi bahasa. Berikut adalah dialog makcik tersebut:
Makcik: Oiiii parking blakang la skit, lindung la orang nak m'niaga ni!
disebabkan teguran makcik tersebut isteri pemandu van tu meminta suami beliau mengundurkan van mereka ke belakang.
Isteri pemandu Van: Bang... Bang.. (sambil menepuk bahu suami beliau) undur belakang skit bang, terlindung gerai...
maka, si suami pun mengundurkan van tersebut ke belakang, tetapi hanya beberapa langkah je sebab ada gerai durian di belakang. Then si suami pun memberhentikan van beliau.
Isteri kepada pemandu van itu cuba melemparkan senyuman sambil memohon maaf;
Isteri pemandu Van: Maaf ya (sambil memberi senyuman kepada makcik jual air tebu tersebut)
lalu ini jawapan / balasan makcik air tebu tu;
Makcik : Kalau letak sekejap tak pa, ni bukan tak tau nak letak lama, orang nak berniaga ni.. ingat apa..... blaaa.... blaaa... blaaaa..... (sambil mengomel2 sendirian, mengherdik kepada si pemandu van dan isterinya dengan harapan ngomelannya didengari oleh mereka).
Aku yang dari tadi berteduh di situ terus bertegur sapa dengan isteri pemandu van tu dengan tujuan "tidak mahu endahkan apa yang makcik tu bebelkan" kerana bagi aku, makcik tu tidak sopan dan sungguh biadap!
Ikutkan hati aku tak mau lagi beli air tebu kat situ, tp dalam masa aku berbual2 dengan isteri pemandu van tu, Encik Hubby aku datang & beli 2 bungkus air tebu.... hmmmm dalam hati aku "Rezki kau lah makcik"..... tp sebagai orang Islam, aku tak sampai hati nak aniaya orang lain, apa lagi berlaku kasar & bersikap kurang ajar... hmmm semoga makcik tu di beri hidayah olehNYA.
Sebut pasal Budi Bahasa Budaya Kita ni, Berbudi bahasa bukan bererti kita tunduk dan mengalah tak tentu. Berbudi bahasa bererti kita mengamalkan sifat-sifat murni kemanusiaan sejagat. Ia menunjukkan maruah dan ketamadunan kita. so, orang yang tak berbudi bahasa ni boleh diklasifikasikan sebagai orang yang tidak bertamadunlah... he3.
Dengarlah seruan YAB Perdana Menteri kita terdahulu (Tun Abdullah);
keterbilangan kita akan muncul, jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa
yang berpekerti mulia, berbudi
tinggi dan berbahasa baik
Wednesday, May 4, 2011
Bangkok ke Bengkok?
Aduuyyaii naik bengkok kepala aku dengan kerenah Bos yang kejap nak ke Bangkok, Thai untuk attend workshop pd 23-25 May 2011 ni, kejap tak nak then nak replace dengan orang lain... aduuuyyaaaiiii hari ni cakap lain, esok cakap lain, setiap hari berubah2. bukan apa, once confirmed, flight ticket, accommodation, etc. bla bla bla semua nak kena booking awal2, kalau tak dok merempat tepi jalan la gamaknya.
"Family come 1st!"
Ohh ye sebut pasal mak mertua, memang mak mertua & bapak mertua aku nak datang dr 12hb May smpi 26hb May naik flight dr Palembang - KL ... disebabkan 23 - 25 may tu aku ke Bangkok, maka 26hb tu tak dapatlah nak hantar dieorang kat airport. huhu.... nak buat camne keje tu penting juga, tak de keje xde duit.
Tuesday, May 3, 2011
Cicak Oh Cicak...
Cicak ohhh cicak bebulu betol mata tengok cicak ni. Geram & bengang sungguh aku ngan sekumpulan cicak ni, spesis ape ntah bOntOT x sekolah punya cicak asik berak merata-rata jek. Cicak kat rumah aku ni bukan takat merayap kat siling @ dinding rumah je, tapi merayap & jalan2 lagi kat lantai rumah. Dah ler tu, taik ada di mana2 je, tempat yang biasa aku lepak2 pon die dah cemari dengan najis die tuh. Ni memang spesis "penDENGKI". Tggu la hari Jumaat, sekor2 mati syahid kang. Bukan nak kejam ngan cicak ni, tp pantang aku leka skit ada je die tinggalkan warna hitam putih tu di mana2. Ni yang buat tak sabar nak pindah rumah ^_^v.
Apsal la "cicakman" tak pulak tunjukkan aksi die berak meninggalkan trademark hitam putih die tu? cicakman mcm dlm citer rekaan KRU tu bewarna merah... ade ke cicak warna merah? kalo cicak spesis tokek tu ada la warna merah tp berbintik2, cicakman tak pulak berbintik2... uhuhuh.. termelencong ke cicakman pulak...... back to the story, cicak kat rumah aku ni memang dah tak boleh dikawal lagi, belilah ubat penghapus, penghalau cicak yang banyak dijual kat pasar malam tu... cicak tetap datang jugak. hadoooiiii rumah baruku cepatlah siapppppp dah tak sabar nak pindah ni.
**gambar sekadar hiasan semata2
Monday, May 2, 2011
OwwOoww.... My Lil Princess Jatuh Katil!!
Hari sabtu kemarin, my lil pwincess tu terjatuh dari katil........ owwwhhhh tidakkk anakku dah Jatuh dari katil.... "Ouchhhhh..... cakitnyaaaa mama papa tolong lyaaaaa... lyaa jatuhhh!!!".
terus berdezuppppppp si papa lya bangun dapatkan lya, wwwwooooouuuuwaakkkk uwwwaakkkkk bunyi tangisan lya yang kuat telah memeranjatkan kucing & cicak yang ada dalam rumah tu. Maafkan mama ya sayang, mama terlena dek demam selsema sehingga anak mama terjaga dari tidur pon mama tak sedar, akibatnya anak mama main sendirian atas katil & terjatuh.
Kesian anak mama nangis tersedu sedan, last2 papa die juga berjaya pujuk. Berdebar2 jantung mama tengok lya dah tergolek jatuh bawah kerusi (meja solek) kat bawah tu, nasib baiklah kerusi tu tak hempap lya kalo tak............ Owooww tak boleh dibayangkan.
Sejak dari kejadian hari Sabtu tu, mama n papa lebih berhati2 bila tidur, benteng dah ditebalkan di kiri kanan atas bawah katil...huhu :)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
-
Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian....