Alhamdulillah.. akhirnya rumahku siap juga. Bila sebut je pasal nak pindah ke rumah baru, banyak benda yang nak kena fikirkan. Plaster siling, grill rumah, langsir, kitchen cabinet, dll. kalaulah ada 20k ke 30k, senang, tabur je duit tu kat kedai tau la dieorang nak buat camne nanti. Tapi aku ni, budget dah la ciput je, tp nak macam2.... maklumlah ini yang dinamakan "apabila kehendak menguasai keperluan". ha3..... but, my hubby cakap "kita dulukan yang mana penting, yang lain-lain kita buat slow2". hmmmm kalo aku, yang penting tu pasang lampu, kipas & langsir. tp kalo nak pasang kipas, bukan boleh main pasang je camtu. nak kena register ke TNB dulu... nak kena upah wiring, & macam2 lagilah. Skrg ni register ke TNB dah DONE! deposit RM250. Orang yang buat wiring pon dah dapat, tinggal nak pasang je... OOOpppsss...... tp ingat nak pasang gitu je ke? tengok keadaan rumah tu, siling memang sangat hodoh! so terpaksa keluarkan budget untuk buat plaster siling. Walaupun kelihatan tak penting bagi sesetengah orang, tp pada aku plaster siling tu penting lagipula rumah sendiri bukan rumah sewa.
Tapi kalo ikut budget tu buat yang sesimple mungkin sudah..... ikut hati memang nak buat yang cantik2 skit, trend terbaru skrg ni dieorang buat ala2 siling kat ofis aku ni, bak kata orang siling ada pulau.... cam gambar ni,
tp disebabkan budget yang agak ciput, so yang simple cam gambar yang 1 lagi ni pon dah kira okey, janji tertutup siling yang hodoh kat atas tu.
Minggu lepas dan la minta tolong member2 ofis untuk cuci rumah. My deputy director pon ada skali bawa jet-wash die. Best gak guna jet-wash ni tertanggal semua kotoran. Semak samun tepi & blakang rumah pon dah ditebas. Terima kasih yang tak terhinggalah kepada rakan-rakan seperjuangan & bos ku.... semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Apapun lepas penat bekerja, aku belanja la lunch "Nasi Ayam Tat" beli kat pekan changlun tu. Ehem encik bos sampai luar opis pon tetap memberi arahan. (baaaeekkk bos)
Sunday, April 24, 2011
Thursday, April 21, 2011
PEMPEK PALEMBANG...akhirnya menjadi juga..
Alhamdulillah... akhirnya setelah sekian lama tertunggak, akhirnya siap juga pempek ala2 pempek palembang buatan Hubby.
Sorry papa... mama tak dapat nak tolong banyak malam tadi sebab our lil princess tu ajak main ++ asik 'ngempeng' je. Kesian tengok papa sorang2 kat dapur tu siapkan aduanan pempek. Apa pun, mama terharu sebab papa tak mengeluh pon... hati mama rasa tersentuh bila tengok papa khusyuk mengadun ikan dan tepung sampi tengah malam. Bila siap adunan, papa kepal2kan bulat2 (mcm doh) sambil timbang berat 0.25gm setiap satu ketul (ala-ala nak jual je). Lepas habis dikepal, papa tenggekkan periuk & rebus semua kepalan tu. Bila mama ke dapur jenguk2 papa, papa senyum2 sambil cakap "rasanya pempek ni macam jadi je". Mama terharu sebab sikit pon papa tak mengeluh, lebih terharu bila pinggan mangkuk yang papa gunakan, papa cuci sendiri (sebab sebelum ni bila papa masak, papa tinggalkan bekas2 tanpa dicuci & dapur jadi becak, tu yang buat mama kesal) Sorry papa just to be honest ^_^V.
Disebabkan papa keletihan, mama take over pula buat 'cuko'nya @ kuahnya. Walaupun my lil pricess Alya tak tidur lagi, terpaksalah mama minta papa yang layan Lya. Bergilir2lah mama & papa jaga Lya... Akhirnya kol 12 Lya tidur, pempek pon siap!!
So, pagi ni gi ofis, jamulah teman2 seperjuangan makan pempek sebagai sarapan........ keh3, however, rasa ikannya tenggelam dek kerana tepung sagunya terlebih.... sorry teman2 pempeknya terlebih adunan... huhu Hope u all enjoy =)
Nilah aktiviti kami pagi ni --->>
Wednesday, April 20, 2011
What I wear today?
Hurrmm.... tiap2 hari mesti confuse nak pakai baju apa gi keje. Baju kurung yang ada dah tak banyak, nak pakai baju lain kang bos tengok pelik semacam plak. Aku lebih suka gi keje pakai baju kurung sbb ringkas & selesa.... typical org Melayu la kalo nak ke ofis pki baju kurung. Lagi pon we all ni keje gov dah tentu kena banyak pakai baju kurung. Aku tengok wanita-wanita kalo pakai baju kurung ni sweet jek... tak kurang juga kalo yang pakai baju jubah. Cuma zaman sekarang dah berubah, baju kurung yang dulu longgar2 skrg dah ketat2, jubah yang dulu longgar leh masuk 2 3 orang lagi kat dalam tu skrg ni dah ketat sampai ada 1 fesyen jubah ni, gunung ganang serta bukit bukau yang berada ditubuh kita pon boleh jelas kelihatan, bukan sbb transparent tapi sebab jubah tu sendat.
Tudung pula, sekarang ni macam2 jenis tudung dah ada. Kalo dulu asik2 tudung bawal, sekarang dah ada shawl, tudung syria, tudung sanggul dan macam2 lagi lah. Tapi apa yang pasti, tudung yang tak lapuk dek zaman adalah tudung bawal. dari dulu smpi la sekarang memang tudung ni sesuai digayakan, sbb tulah harga tudung ni tak jatuh2. heheheheeeee......
Hari ni pula aku gi keje dgn anak tudung (inner) yang baru je aku cuba nak gayakan. Beli dah lama cuma tak berapa reti nak gayakan. So memandangkan aku ada baju yang sesuai, aku try la gayakan inner tu hari ni. Hubby aku terbeliak jugalah mata die sbb tak pernah tgk aku bergaya skit... sikit je pon, tak lebih2.... semua ni untuk hubby aku jugak. Nanti takde lah orang mengata "Eh bini siapa la tu gi keje pakai selekeh jek" kan Encik Hubby??? so... ini lah gaya aku untuk hari ni. (Ermmm gambar yang kedua tu saja nak memuncungkan diri konon2 sweet la tue, weks!)

Tuesday, April 19, 2011
Foto-Foto by Noorizuana
Ha... just now my colleague, Wana snap few pictures of me... what does it look like? haaa boleh tengok di sini, just 1 pic to share.... another pics in my FB, tak boleh nak upload banyak2 internet slow plak time2 nak balik ni. Honestly I like this pic very much even though didn't apply any make up. he3... but I think simple dressing & minimal makeup really let a girls @ woman look natural beauty and personality shine through...
Sambungan........... Hajatku untuk hari ini (Part 2)
Seperti yang telah aku jangkakan, hajat untuk buat pempek tu terbantut @ tak menjadi sebab Encik Hubby ajak ke rumah baru, katanya ada orang "Plaster siling" nak jumpa. Hmmm... ingatkan la sekejap skali tu hampir 2 jam melepak kat sana, bukan buat apa pon just borak2 tgk design itu ini confirm nya idak.... maklumlah awak ni budget ciput jek.
Balik semula pada citer pempek tu, list barang2 yang nak dibeli untuk buat pempek ni dah pon aku sediakan, so hari ni BERHAJAT lah lagi nak realisasikan HAJAT yang semalam tertunda. Hopefully hari ni menjadi............. =) sebenarnya hajat yang paling besar adalah untuk "MEMBAHAGIAKAN SUAMI"..... chow!

Monday, April 18, 2011
Hajatku untuk hari ini
Dah lama rasanya tak makan pempek ni adalah lebih kurang setahun gitu... dulu pernah buat sekali pempek ni tp lepastu dah tak buat lagi, dapur kat rumah tu pon dah jarang2 nak berasap sejak kehadiran Alya puteri sulung aku..... keh3.
so 2 ari yang lepas my hubby ni gi mancing kat lubuk mana ntah malas nak amik tau (sbb kurang senang ngan aktiviti die), balik tu dpt la 2 ekor ikan belida yang setiap sekornya lebih kurang 1kg. My hubby ni sibuk ajak buat pempek, katanya dah lama sgt tak makan. Kalo kat Indonesia boleh la bli jek, tp ni kat Malaysia mana nak ada makanan ni... so choice yang ada cuma BIKIN SENDIRI pempeknya. Adoiiyaii aku bukan tak mau, cuma agak malas?? straight to the point je la kan... huhu. Tapi disebabkan si hubby ni buat muka seposen, so dengan rela hati aku menanamkan hajat untuk buat pempek hari ni... jadi ke tak jadi ke citer lain. SO tengok lah nanti kalo jadi pempek tu ada la aku post kat BLOG ni, kalo xda tu.... hehehehee paham2 la. Chow!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Dalam 2 ke 3 hari ni ramai yang mempersoalkan tentang nama anak-anak kita yang tidak boleh dipanggil kerana dipercayai akan mendatangkan pen...
-
Assalamualaikum... Entry kali ini sengaja aku fokus dengan tajuk "WANITA SOLEHAH adalah KETUA kepada BIDADARI SYURGA". Kenapa aku ...
-
Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian....