Wednesday, November 14, 2012

Apam Polkadot & Biskut Lollipop Coklat Oreo

Dah lama dah menyepikan diri dlm dunia blog memblog ni since dah berpindah ke tempat baru untuk mencari sesuap nasi & segenggam berlian. Baru ada masa nak memblog lagi sbb skrg student tgh cuti semester. he3..... Okey, hari ni nak cerita skit tentang Apam Polkadot & Biskut coklat oreo yang dah lama teringin nak buat, tp this week baru berkesempatan nak buat.
Untuk buat apam polkadot ni memang la makan masa skit, mana taknya nak mengadun bahan2 1 hal, nak mewarna 1 hal, nak mengukus pulak 1 hal... di sebabkan untuk aktiviti membuat apam polkadot ni terbang la jugak beberapa RM sbb nak bli bahan2 dan peralatan die. Sebenarnya cuma nak bagitau dah beli mixer baru jenama Panasonic RM100 je. Beli yang murah2 sudah asalkan kuih menjadi... cecececeeeewww.
Okey back to the story, idea untuk membuat apam polkadot ni berasal dr tekak yang tetiba teringin nak makan apam. Dok cari2 org jual apam sekitar kuala kangsar ni petang2 xda pulak... di sebabkan "teringin" punya pasal.... terus je tangan ni rajin menaip kat ternet cara buat apam polkadot punya la banyak resepi sampai tak tau nak guna yang mana satu. so aku amik 3 jenis resepi yang seakan sama & try n error la buat apam ni.
First2 skali misi tidurkan cik Alya... once die dah tidur, baru bergegas ke dapur utk sediakan bahan2 buat apam. Sempatla jugak smpi mewarnakan apam baru cik Alya terjaga dari tidur.... sementara buat apam tu cik Alya main dengan pewarna dah habis lantai rumah bewarna-warni (lantak la kau nak janji tak ganggu mama buat keje). Okey, bahan-bahan buat Apam ni ada kat bawah ni:

Bahan-Bahan untuk membuat Apam Polkadot yang Chumil.

3 Biji telur(tak kisah dari dlm peti ais atau suhu bilik biasa)
*275 gm tepung gandum (aku pakai tepung cap sauh)
*2 sdt baking powder (yang ni diayak bersama2 dengan tepung gandum tadi)
200 gm gula kastor (kalau nak manis skit boleh 220gm, tapi kalau nak letak filling pki 200gm dah cukup)
250 ml susu segar (aku pakai susu segar full cream dutch lady)
1 sdt Ovallete 
1 sdt esen vanilla
Filling secukupnya (tak kisah nak letak perasa apa, masa buat ni pakai filling blueberry beli siap je kat kedai bakery)
Pewarna (ikut suka nak color apa, masa buat aku pakai warna hijau, purple, kuning, pink & putih)
paper cup (saiz kecil)
acuan lompang 2 dozen

Cara-cara membuatnya:

1) Pukul telur, gula & ovallete smpi kembang dengan kelajuan mixer maksimum, tambahkan sedikit esen vanilla pukul selama 8 minit, (kalo panasonic tu smpi takat 5 je).
2) Kemudian slowkan pukulan dengan kelajuan minimum (kalo panasonic tu 1 je), then masukkan susu sedikit demi sedikit & masukkan tepung + baking powder yang telah diayak tadi. (pukul dalam 6-8 minit sahaja)
**Sementara tu boleh didihkan air kukusan
3) Bahagikan adunan ke dalam beberapa bahagian untuk di warnakan (kalo saya buat 5 bahagian)
4) Letak sedikit pewarna dalam bahagian adunan yang telah diasingkan tersebut mengikut citarasa nak warna apa.
5) Masukkan semua adunan tadi ke dalam piping beg mengikut warna. Filling pon masukkan ke dalam piping beg.Untuk buat dot-dot tu asingkan sedikit ke dalam piping beg yang lain, yang lebih kecil.
6) Susun acuan lompang & masukkan paper cup di dalam acuan tersebut (tujuan paper cup dimasukkan dalam acuan lompang adalah untuk mendapat saiz yang comel & sekata).
7) Picitkan adunan sehingga 1/2 cup
8) Picitkan filling (secara membulat untuk mengelakkan filling mendap terus ke bawah).
9) Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 cup atau hampir penuh.
10) Kemudian buatkan dot-dot mengikut warna yang disukai, dan susun kesemua acuan ke dalam bekas kukusan.
11) Apabila air kukusan telah mendidih, masukkan acuan yang telah siap diletak atas bekas kukusan untuk dikukus selama 15 minit dengan api yang sederhana.

TIPS yang boleh dipraktikkan semasa membuat apam

* Untuk membuat dot-dot tu, guntingkan piping beg sedikit sahaja (saiz diameter sebesar lidi je)
* Gunakan bekas kuih lompang yang diletakkan paper cup di dalamnya untuk mendapatkan saiz apam yang sekata.
* sebelum memasukkan adunan ke dalam piping beg, kacau dulu perlahan2 selama 1 minit, kemudian masukkan dalam piping beg dan hentak2kan sedikit bagi sehingga adunan smpi ke hujung piping beg & untuk tujuan keluarkan angin.
* apabila masukkan adunan ke dalam acuan lompang, hentak2kan sedikit untuk mengeluarkan angin (ini bagi mendapatkan permukaan apam yang cantik tanpa berlubang2).
* Tutup tudung kukusan dengan kain, agar air tidak menitis masuk ke dalam kukusan.
* mengukus dengan hanya menggunakan 1 layer sahaja sbb kalau 2 layer, berkemungkinan kukusan yang berada di layer ke-2 tidak naik cantik sbb air jatuh dari kukusan layer pertama.

Tips-tips di atas adalah based on my experience & juga beberapa tips dari pakar cewaaaahhh

dan HASILnya adalah seperti di bawah:

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................ cubaan pertama yang menjadi :)


*abaikan gambar yang kurang menarik sbb pki HP cikai & tumpukan pada permukaan kuih... he3 agak cantik & gebu gitu i like... dan rasanya sedaaaapppp.... hari ni bawa ke tempat kerja yang kebetulan my roommate punya besday dan we all makan ramai2.. dieorg pun ckp sedapppppp.... he3
Lepas ni kalau nak buat lagi kena la letak alya kat rumah pengasuh atau mana2 dulu kalau tak, hhuhuhu habis rumah tunggang-langgang macam kapal karam.

untuk resepi Biskut Lollipop Coklat Oreo pulak,

Bahan-Bahan Biskut Lollipop Coklat Oreo

300gm coklat kompaun (aku pakai yang van hauten punya RM8/150gm yang nio segaja beli yang mahal sbb nak makan sendiri)
1 bungkus biskut oreo (saya pakai perisa vanila)
beberapa batang lillipop
acuan biskut oreo (pakai acuan untuk lollipop)

Cara-cara membuatnya:

1) Potong2kan coklat kompaun tersebut.
2) cairkan coklat tersebut secara double boiler (Cara double boiler boleh rujuk kat blog ni http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/05/coklat-oreo.html - credit to Kak Azlita Aziz.
3) selepas coklat dah cair, masukkan 1 sudu besar coklat ke dalam bekas acuan. hentak2kan sedikit bekas acuan supaya angin keluar.
4) kemudian buka biskut oreo tersebut, masukkan bahagian yang berkrim ke dalam acuan yang telah dimasukkan coklat tadi, dan tekan sedikit, letakkan 1 batang lollipop dan tutupkan dengan sebelah lagi biskut oreo tadi dan tekan sedikit acuan tersebut.
5) Kemudian masukkan sedkit lagi coklat cair ke dalam acuan tersebut (untuk menutup biskut oreo).
6) bolehlah dimasukkan dalam peti ais untuk dikeraskan.

Tadaaaaaaaaaaaaaa......... dah siap


*gambar agak kurang menarik sebab hanya gunakan HP cikai sahaja. Untuk tambahan hiasan kat atas tu boleh beli yang ready made punya.... 10pcs RM6.50. saja buat untuk cik Alya makan. Biskut lollipop ni sedap makan time sejuk....

Okey nampaknya setakat ini sahaja buat hari ni. mudah2an lepas ni ada masa yang banyak untuk mengUpdate blog.

Chow!!


Wednesday, May 9, 2012

My new Me!

It's been a long time since my last post. Now I come back with a thousand stories. :). 1st, I really want to share my happiness to every you guys out there, I've got a new job! Alhamdulillah... after trying for several time, I eventually accepted as a lecturer at one of Islamic college under Perak state government called Kolej Islam Darul Ridzuan, (KISDAR) located at Kuala Kangsar, Perak. Future will turn to Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Insya-Allah. What makes me proud is that I'm one out of 70 short listed candidates applied to be as a lecturer there, from 15,000 applicants, and from 70 candidates, only 24 selected and succeeded including me!.(rasa bangga sekejap menjadi diri sendiri) walhal kalau nak diikutkan aku ni tak la berapa pandai sangat, cuma bak kata my hubby, rajin lebih skit. Okey, stop being arrogant or it will be look more annoying. hahhahahaaaaa..........

my new look!

2nd thing is a story of my little princess Alya. Now she's 19 months old, and very active, smart and funny. we do lots of things together, just like singing ABC, counting numbers usually when climbing stairs, (she can count from 1 to 10 in both language, Bahasa and English), then we spend time watching television and mimicking the actors or whatever we watch especially mimicking animals sound and she can repeat it when she saw the animals just like Moooo for Cow, bbeekkk for Goat, Meow for Cat, Kokokooo for Hen, queck..queck..for duck. Her vocabulary also interesting. She can now respond to the conversation just like:

" mama, nak duduk sini"
"mama, nak yang ni"
"mama, nak susu"
"emmm sedapnya"
"mama, nak nasi"
"mama, pakai baju ni"
"tak mau"
"Cantiknya"
"mama, nak jalan c-mart" : tempat shopping yang selalu dikunjungi :)
"mama, nak gi umah aunty wa" : rakan sejawatan yang selalu bermain dgn alya.

and many more words that I can't remember.
But the funny thing that impressed me most about Alya was, she can order her favorite food by her own.... bayangkan budak berumur 1.7tahun dah pandai memilih makanan kegemaran & memesan makanan di restaurant, siap dengan memilih tempat makan sendiri?? so impressed! if we're at home, she usually takes her own plastic plate and scoop the rice by her own. very smart!

there are many more things to be story here, but enough for today.. will continue next entry. TQ.
-end-

Wednesday, January 4, 2012

My little princess story - Head injury

One of the most serious of all bikes injuries is a head injury and YES! that really happened to my little daughter. During the incident my little daughter is cycling near her papa but don't know how she suddenly fall from her bike and cause of serious injury in her head with unstoppable bleeds and she crying and screaming out loud. Imagine, what would you do on that time??? shocked and stiff! my mind running so slow but my movement were so fast to cover the head bloody with my hand. Her clothes wet with bloodstained and smell fishy. I and my husband took her to the nearest clinic but the Doctor refused to rescue because of limited medical equipment and medicine, then he suggested to bring our little daughter to the hospital. however, thanks to the Doctor who help to clean and wrapped the wound.


Then we took our little girl to KMC Alor Star and the Doctors was glued her wound (by using special glue for skin, not paper glue okey) and treat her nicely. Okey some info for this skin glue, This glue mostly used in hospital and medical clinic to keep the edge of skin together and it used on superficial (not too deep) wounds and only takes about a minute to apply and dry.
Alhamdulillah...after a week, the wound looks good and little swelling. Hope it will not leave the scar, or even if it leave the scar, hope it will invisible someday.


LOVE you My little Princess........

My sweetheart having some meals at Teppanyaki Restaurant - Ikea

Sunday, January 1, 2012

Bye - bye 2011 and Welcome 2012

Alhamdulillah... Good bye to 2011 and with the name of ALLAH Welcome to the beginning of year 2012. Hopefully this year will be better for me and bring lots of happiness, health and fortune... AMIN..AMIN.. ya Rabbalalamin..
Just wonder how can Mr Happy Face look happy for all the times. hahahahaha....

Mr Happy

Popular Posts